jobs in Hijrah Water

Full Time JURUTEKNIK - QC Jobs, Salary up to MYR 2,000 in Hijrah Water Johor - Maukerja

Share
Save

Working Location

  • Tangkak Johor Malaysia

Job Description

Responsibilities

Full job description

Job description:

1. Kawalan Kualiti (Quality Control)

  • Memeriksa produk, komponen dan peralatan mengikut spesifikasi dan standard syarikat.
  • Mengenal pasti, merekod dan melaporkan kerosakan, kecacatan atau ketidakpatuhan kualiti.
  • Menyediakan rekod dan laporan pemeriksaan secara berkala.
  • Memantau tindakan pembetulan serta mencadangkan penambahbaikan kualiti.

2. Pengeluaran & Penyediaan Produk

  • Menjalankan pengeluaran produk mengikut spesifikasi dan standard syarikat.
  • Menyediakan produk untuk penghantaran atau kegunaan juruteknik.
  • Memastikan sasaran pengeluaran dan kualiti produk dicapai secara konsisten.

3. Pengurusan Stok & Inventori

  • Mengurus keluar masuk stok produk, aksesori dan kartrij.
  • Memastikan stok mencukupi mengikut keperluan operasi.
  • Mengurus penerimaan, pemeriksaan, penyimpanan dan pengeluaran kartrij.
  • Memastikan rekod inventori tepat dan dikemas kini.

4. Pemasangan Mesin (Vending Bubble Go) – PIC

  • Menjadi PIC pemasangan dan komponen mesin Vending Bubble Go.
  • Memastikan pemasangan mengikut SOP dan spesifikasi syarikat.
  • Menjalankan ujian fungsi sebelum mesin dihantar atau digunakan.
  • Memastikan pemasangan memenuhi piawaian QC dan bebas kecacatan.
  • Merekod peralatan dan aksesori yang digunakan.

5. Sokongan Teknikal

  • Membantu Jabatan Teknikal dalam kerja servis, pembaikan dan penyelenggaraan mesin.
  • Menyediakan alat ganti, peralatan dan sokongan teknikal yang diperlukan.
  • Bekerjasama dalam menyelesaikan isu teknikal di tapak.

6. Penyelenggaraan Fasiliti (Bangunan & Kilang)

  • Melaksanakan kerja penyelenggaraan asas di pejabat dan kilang.
  • Memastikan peralatan dan kawasan kerja selamat dan berfungsi.

7. Pentadbiran & Dokumentasi

  • Menyediakan laporan kerja mengikut tempoh dan dateline yang ditetapkan.
  • Mengemas kini rekod kerja, pemeriksaan dan stok dengan tepat.

8. Keselamatan, Kebersihan & 5S

  • Menjaga kebersihan kawasan kerja dan mengamalkan 5S.
  • Mematuhi prosedur keselamatan dan peraturan kerja syarikat.

Skill & Kelayakan

  • Mempunyai lesen memandu yang sah.
  • Mempunyai tahap integriti, kebolehpercayaan dan kerahsiaan yang tinggi.
  • Bermotivasi, berdikari, proaktif dan mempunyai inisiatif.
  • Mampu menyelesaikan masalah serta mengendalikan pelbagai tugasan.
  • Mempunyai kemahiran pengurusan masa dan kerja yang baik serta teliti.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Cekap menggunakan komputer dan Microsoft Office seperti Word, Excel dan PowerPoint.
  • Mampu bekerja di bawah tekanan dan menyesuaikan diri dengan perubahan operasi.

Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per month

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More