Job description:
- Kelayakan Diperlukan:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Minimum SPM atau setaraf.
- Boleh bekerja secara syif dan hujung minggu.
- Sihat tubuh badan dan bertenaga.
- Mempunyai sikap positif, rajin dan bertanggungjawab.
- Boleh bekerja dalam pasukan dan mengikut arahan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan layanan pelanggan yang baik.
- Pengalaman dalam bidang JUALAN atau RETAIL adalah satu kelebihan.
Tugas & Tanggungjawab:
Anda diharapkan untuk melaksanakan tugas-tugas ini dengan tekun dan sebaik mungkin. Sebagai Retail Assistant, tanggungjawab anda akan merangkumi, tetapi tidak terhad kepada:
- Menyusun atur stok di galeri jualan dan tempat simpanan dengan kemas dan sistematik.
- Bekerjasama dengan pasukan dalam menambah stok di ruang galeri jualan.
- Mengemaskini rekod keluar masuk stok kepada Penyelia Stok atau Pengurus Cawangan.
- Membantu pelanggan dalam pengendalian barangan selepas pembayaran mengikut SOP syarikat.
- Mengurus penerimaan atau pemindahan stok dari/ke Gudang.
- Menjawab pertanyaan pelanggan berkaitan produk dan memberikan maklumat yang tepat.
- Memberikan penerangan tentang produk dan promosi yang sedang dijalankan.
- Membuat jualan secara proaktif kepada pelanggan di dalam kedai.
- Mencapai sasaran jualan individu dan cawangan seperti yang ditetapkan oleh pihak syarikat.
- Mencadangkan produk tambahan (upsell/cross-sell) kepada pelanggan mengikut keperluan.
- Mengendalikan mesin juruwang (POS system), menerima bayaran tunai/kad, dan mengeluarkan resit.
- Merekodkan transaksi jualan dengan tepat dan memastikan wang tunai dalam kaunter adalah sepadan.
- Menyediakan laporan jualan harian dan serahan tunai kepada penyelia mengikut prosedur.
- Menyusun atur dan menyelenggara rak pameran agar menarik dan kemas.
- Memastikan persekitaran kedai sentiasa teratur dan mengikut standard syarikat.
- Bertanggungjawab terhadap tugasan kebersihan dalam dan luar premis mengikut jadual yang ditetapkan.
- Mengamalkan semangat kerja berpasukan dan memberikan kerjasama yang baik kepada semua ahli pasukan.
- Melaksanakan tugasan tambahan yang diarahkan oleh penyelia dari semasa ke semasa mengikut keperluan operasi.
Manfaat:
- Gaji bulanan tetap.
- Elaun kehadiran.
- Komisen jualan
- Kenaikan gaji tahunan dan bonus tahunan (bergantung pada prestasi).
- Latihan akan diberikan.
- Suasana kerja yang positif dan sokongan pasukan.
Job Types: Full-time, Permanent
Pay: RM1,900.00 - RM2,000.00 per month
Benefits:
- Additional leave
- Health insurance
- Opportunities for promotion
Application Question(s):
- Tarikh boleh mula bekerja?
Work Location: In person