Skop Kerja- Memastikan proses penghantaran barang berjalan tepat pada masanya serta memaklumkan kepada pelanggan mengenai waktu penghantaran.- Mengawasi perjalanan operasi logistik dan memastikan proses penghantaran berjalan dengan lancar.- Memastikan kuantiti dan kualiti barang adalah tepat serta mengikut pesanan pelanggan.- Memaklumkan kepada pemandu mengenai barang dan lokasi penghantaran pelanggan.- Memastikan barang yang dihantar adalah mengikut Delivery Order (DO) dan senarai pesanan pelanggan.- Menerima, memeriksa dan memastikan barang yang diterima daripada pembekal adalah dalam keadaan baik serta mengikut pesanan.- Menyusun dan melabel barang di dalam stor dengan kemas, teratur dan selamat.- Menyediakan dan mengemaskini rekod keluar masuk barang stor.- Memastikan kawasan stor sentiasa bersih, kemas dan teratur.- Memastikan stok barang disusun dengan baik dan mudah untuk dikesan.- Mengambil dokumen Delivery Order (DO) daripada kedai serta memastikan DO yang belum selesai atau telah selesai dihantar dipulangkan dan disimpan di stor dengan baik.- Bertanggungjawab memastikan semua dokumen DO yang diterima daripada kedai disimpan dengan selamat dan tidak hilang.- Sebarang kehilangan DO hendaklah dilaporkan kepada pihak pengurusan dengan segera dan pihak yang bertanggungjawab perlu memberikan penjelasan.- Wajib berada di stor 15 minit sebelum waktu bekerja bermula.
Kriteria yang diperlukan- Mempunyai pengalaman sebagai Storekeeper, khususnya dalam bidang hardware atau bahan binaan.- Teliti, bertanggungjawab dan mempunyai sikap kerja yang baik.- Mampu berkomunikasi dengan pelanggan dan rakan sekerja dengan baik.- Boleh bekerja secara berkumpulan dan bekerjasama dengan jabatan lain.- Tegas dan yakin ketika berurusan dengan pelanggan, pemandu dan pembekal.- Mampu bekerja secara berdikari tanpa pengawasan berterusan.- Mempunyai kemahiran mengurus dan menyusun stok dengan baik.- Sihat dan mampu melakukan kerja-kerja fizikal di stor.
Manfaat- Gaji RM1,800 – RM2,500 bergantung kepada pengalaman dan kemahiran.- Bayaran kerja lebih masa (OT) mengikut keperluan kerja.- Bonus tahunan berdasarkan prestasi kerja.- Kenaikan gaji berdasarkan prestasi kerja.- Latihan, bengkel dan kursus akan disediakan mengikut keperluan dan tahap kemahiran pekerja.- KWSP, SOCSO & EIS.