- Jalan Astaka U8/84A Shah Alam Selangor Malaysia 40150

Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Kelayakan
Kelayakan & Keperluan
Diploma dan/atau Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Komputer, Teknologi Maklumat (IT), Keselamatan Siber atau kelayakan berkaitan;
Minimum 5 tahun pengalaman dalam keselamatan IT atau bidang berkaitan;
Mempunyai pemahaman kukuh mengenai konsep rangkaian asas seperti routing, TCP/IP, DNS dan firewall;
Pengalaman dalam pentadbiran Windows Server, termasuk Active Directory (AD), Entra ID, Group Policy dan DNS akan menjadi satu kelebihan;
Pengalaman dalam Keselamatan Identiti(IAM, PAM, IGA dan lain-lain), termasuk pengurusan provisioning pengguna,SSO, MFA, pengurusan akaun istimewa (privileged account), kawalan akses, serta kefahaman mengenai protokol seperti SAML, OAuth2, OpenID Connect, LDAP dan Kerberos, akan menjadi satu kelebihan;
Pengalaman dengan penyelesaian Application Delivery Controller (ADC)termasukload balancing (L4/L7), SSL offloading, perlindungan DDoS L7, serta WAF atau integrasi pengesahan, akan menjadi satu kelebihan;
Mempunyai pengalaman dalam pelaksanaan dan penyampaian projek;
Mempunyai kemahiran komunikasi dan pembentangan yang baik (peranan berurusan dengan pelanggan);
Berdikari, bermotivasi tinggi dan mampu bekerja di bawah tekanan;
Berkebolehan bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
Tanggungjawab
Ringkasan Jawatan (Job Summary)
Kami sedang mencari seorang Jurutera Keselamatan ITuntuk menyertai pasukan kami bagi mereka bentuk, melaksanakan dan menyokong penyelesaian keselamatan siber. Calon ideal perlu mempunyaipengalaman praktikal dalam teknologi sistem dan keselamatan IT, berkeupayaan melaksanakan projek, serta yakin dalam menyampaikan pembentangan teknikal dan demonstrasi penyelesaian. Jawatan ini memerlukan individu yang mampu memahami keperluan pelanggan dan menyediakan penyelesaian yang praktikal serta selamat.
Peranan & Tanggungjawab
Terlibat dalam aktiviti kejuruteraan pra-jualan dan pasca-jualan;
Mereka bentuk, melaksanakan dan menyokong penyelesaian keselamatan siber berdasarkan keperluan pelanggan;
Menjalankan pembentangan teknikal, demonstrasi produk dan bengkel untuk pelanggan dan rakan kongsi;
Bekerjasama rapat dengan pengurus produk dan prinsipal dalam reka bentuk penyelesaian dan penyediaan cadangan;
Memastikan penyelesaian direka dan dilaksanakan mengikut amalan terbaik dan piawaian keselamatan;
Melaksanakan projek termasuk pemasangan, konfigurasi, ujian dan dokumentasi;
Memberikan sokongan penyelesaian masalah dan sokongan selepas pelaksanaan;
Bekerjasama dengan pasukan dalaman untuk memastikan projek disiapkan mengikut garis masa dan skop yang ditetapkan;
Sentiasa mengikuti perkembangan terkini dalam teknologi dan trend keselamatan siber.
Manfaat
Kemahiran
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.