jobs in Park Here Sdn Bhd

Kerja Sepenuh Masa ACCOUNT - FINANCE ASSISTANT, Gaji tinggi MYR 1,900 di Park Here Selangor - Maukerja

ACCOUNT - FINANCE ASSISTANT

Park Here Sdn Bhd

MYR1,900 - MYR1,900 Sebulan
Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Shah Alam Selangor Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

Huraian Kerja:

Kerani / Pembantu Akaun & Kewangan

Ringkasan Jawatan:

Membantu bahagian Akaun & Kewangan dalam urusan harian melibatkan perekodan data bayaran (AP) dan penerimaan (AR), serta memastikan semua fail dokumen disimpan dengan kemas.

1) Akaun Belum Terima (Account Receivable - AR)

  • Membantu mengendalikan urusan AR bagi semua cawangan atau tapak operasi syarikat.
  • Menjana dan mengedar invois kepada penghutang/pelanggan secara tepat dan mengikut jadual.
  • Merekodkan pendapatan harian daripada pelbagai kaedah bayaran digital dan manual, termasuk namun tidak terhad kepada [Sistem tanpa tunai, Sistem parkir pintar (LPR - License Plate Recognition), Kutipan tunai, kompaun (clamping), dan slip deposit bank.]
  • Menguruskan pendapatan bermusim (session) termasuk pendaftaran pelanggan baharu, penjanaan invois, dan pemantauan laporan debtor aging.
  • Boleh berkomunikasi dengan penghutang untuk urusan tuntutan bayaran dan penyelesaian baki tertunggak.
  • Proses Pemulangan (Refund): Memproses permohonan pemulangan wang dengan menyemak dokumen sokongan dan status akaun pelanggan.

2) Akaun Belum Bayar (Account Payable - AP)

  • Membantu menyediakan baucar bayaran (PV) melalui sistem perakaunan.
  • Memastikan setiap bayaran mempunyai dokumentasi lengkap seperti invois pembekal, MOP (Memorandum Pembayaran), dan kelulusan yang sah sebelum diproses.
  • Memastikan semua transaksi AP direkodkan ke dalam sistem perakaunan secara harian bagi memastikan imbangan akaun yang tepat.
  • Urusan Perbankan: Menyediakan cek atau memproses arahan pembayaran melalui portal perbankan atas talian (online banking).

3) Pelaporan & Pentadbiran

  • Membantu dalam menyediakan dan mengemas kini laporan mingguan AR untuk semakan pengurusan.
  • Memantau dan mengemas kini buku tunai (aliran masuk dan keluar) setiap hari.
  • Memastikan semua dokumen kewangan difailkan secara sistematik untuk tujuan audit.

Keperluan Jawatan

  • Minimum Sijil, Diploma dalam Perakaunan, Kewangan, atau bidang berkaitan.
  • Mempunyai pengetahuan asas dalam kitaran perakaunan (AP/AR).
  • Calon yang mempunyai pengalaman dalam industri parkir atau pengurusan kutipan digital adalah amat dialu-alukan.
  • Mahir menggunakan Microsoft Excel. dan sistem MYOB adalah satu kelebihan.
  • Teliti dalam pengurusan data, jujur, dan mampu bekerja mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Pay: From RM1,900.00 per month

Benefits:

  • Cell phone reimbursement
  • Dental insurance
  • Free parking
  • Health insurance
  • Maternity leave
  • Meal allowance
  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut