jobs in Bright Alliance Sdn Bhd

Kerja Sepenuh Masa Pemandu lori merangkap pembantu stor, Gaji tinggi MYR 2,800 di Bright Alliance WP Kuala Lumpur - Maukerja

Pemandu lori merangkap pembantu stor jobs

Pemandu lori merangkap pembantu stor

MYR2,500 - MYR2,800 Sebulan
Kurang dari 30 pemohon. Anda mempunyai peluang yang tinggi!
Posted 3 days ago • Closing 30 Aug 2026
Kurang dari 30 pemohon. Anda mempunyai peluang yang tinggi!
Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Jalan Kuang Bulan Batu WP Kuala Lumpur Malaysia 52100

Penerangan Kerja

Kelayakan

  • Mempunyai lesen GDL yang sah

  • Sihat tubuh badan dan mampu mengangkat serta mengendalikan barang

  • Pengetahuan asas mengenai penyelenggaraan lori

  • Berpengalaman dalam operasi stor, pengurusan inventori atau logistik

  • Berpengalaman mengendalikan peralatan stor seperti hand pallet, pallet jack atau forklift (memiliki lesen forklift adalah satu kelebihan)

  • Mahir dengan laluan penghantaran di kawasan operasi syarikat

  • Mempunyai sikap proaktif, teliti serta mampu bekerja di bawah tekanan dan memenuhi tarikh akhir penghantaran

  • Bertanggungjawab, berdisplin, jujur dan boleh bekerja secara berdikari

  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan pengurusan masa yang baik

  • Bersedia bekerja lebih masa (OT) pada hujung minggu, cuti umum dan outstation sekiranya diperlukan.

Tanggungjawab

A. Tugas sebagai pembantu lori

  • Memandu lori syarikat dengan selamat untuk menghantar barangan kepada pelanggan atau lokasi yang ditetapkan

  • Memastikan penghantaran dibuat dengan baik mengikut jadual dan dalam tempoh yang ditetapkan

  • Memuat dan memunggah barang dengan cermat bagi mengelakkan kerosakan

  • Merancang laluan penghantaran yang paling efisien bagi menjimatkan masa dan kos

  • Menjaga kebersihan serta memastikan lori sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan

  • Mematuhi semua peraturan jalan raya, polisi keselamatan syarikat dan prosedur kerja

  • Bersedia untuk perjalana luar kawasan (outstation) apabila diperlukan

B. Tugas sebagai pembantu stor

Apabila tiada jadual penghantaran, pekerja dikehendaki membantu operasi gudang berikut:

  • Membantu proses memuat dan memunggah barang ke dalam lori

  • Mengambil (picking), membungkus (packing) dan menyediakan pesanan pelanggan untuk penghantaran

  • Menyusun stok di rak mengikut sistem penyimpanan syarikat

  • Memastikan gudang sentiasa bersih, kemas dan selamat

  • Menjalankan tugasan lain yang berkaitan dengan operasi logistik dan gudang seperti yang diarahkan oleh penyelia.

Jawatan ini adalah jawatan gabungan (pemandu lori merangkap pembantu stor). Calon yang berjaya dikehendaki menjalankan tugas penghantaran sebagai keutamaan. Apabila tiada penghantaran dijadualkan, pekerja akan membantu operasi gudang dan tugasan lain yang berkaitan logistik mengikut keperluan syarikat.

Manfaat

  • Bayaran kerja lebih masa
  • bonus tahunan
  • Elaun kerja luar(outstaion)
  • Tuntutan perubatan
  • Perlindungan insuranse
  • caruman KWSP,Socso,EIS,SKBBK
  • Cuti tahunan

Bagaimana ke syarikat ini dengan pengangkutan awam?

Batu

Pengangkutan Awam Berdekatan

All MRT KTM
  • KTM - KEPONG

    0.4 km

  • MRT - SRI DAMANSARA TIMUR

    0.7 km

  • KTM - KEPONG SENTRAL

    0.8 km

  • MRT - METRO PRIMA

    1.0 km

  • MRT - KEPONG BARU

    1.6 km

  • MRT - SRI DAMANSARA SENTRAL

    1.7 km

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut