jobs in Tihani Cetak Sdn Bhd

Kerja Sepenuh Masa Eksekutif Jualan, Gaji tinggi MYR 2,500 + commission di Tihani Cetak Selangor - Maukerja

MYR2,100 - MYR2,500 Sebulan
Komisen: Bermula Dari MYR100 Sebulan
Jadilah pemohon terawal!
Posted an hour ago • Closing 30 Aug 2026
Jadilah pemohon terawal!
Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Jalan BRP 1/1 Sungai Buloh Selangor Malaysia 40160

Penerangan Kerja

Kelayakan

  • Akademik

Minimum Diploma dalam Jualan, Pemasaran, Perniagaan, Pengurusan atau bidang berkaitan.

  • Pengalaman

Minimum 1-3 tahun pengalaman dalam bidang jualan, pembangunan perniagaan atau pemasaran.

Pengalaman dalam industri percetakan.

  • Kemahiran

Komunikasi dan perundingan yang baik.

Kemhiran pembentangan dan penutupan jualan (closing)

Berkebolehan bekerja secara berdikari dan dalam pasukan.

  • Keperluan lain

Bersedia melakukan perjalanan untuk lawatan pelanggan (jika perlu)

Mampu bekerja di bawah tekanan dan mencapai sasaran jualan.

Tanggungjawab

  • Pengurusan Dokumen dan Rekod

Menyediakan dokumen jualan seperti invois, pesanan pembelian dan resit.

Menguruskan kontrak jualan dan memastikan semua dokumen lengkap.

Memastikan rekod pelanggan dan maklumat jualan dalam sistem sentiasa terkini.

  • Sokongan Operasi Pasukan Jualan

Membantu pasukan jualan dengan menyediakan bahan pemasaran dan laporan prestasi.

Menjawab pertanyaan pelanggan tentang produk, harga dan status pesanan.

Menyelaraskan jadual mesyuarat dan aktiviti jualan.

  • Komunikasi Pelanggan

Berinteraksi dengan pelanggan melalui telefon, e-mel, atau secara langsung untuk menyelesaikan isu atau memberi maklumat.

Mengendalikan maklum balas pelanggan dan memastikan tindakan susulan dilakukan.

Menyokong usaha menjaga hubungan baik dengan pelanggan.

  • Pemantauan Jualan dan Inventori

Memantau pesanan dan memastikan penghantaran dilakukan tepat pada masanya.

Menguruskan stok produk yang berkaitan dengan jualan.

Memberi amaran kepada pasukan jualan tentang trend jualan atau keperluan penambahan stok.

  • Laporan dan Analisis

Menyediakan laporan mingguan atau bulanan tentang prestasi jualan.

Membantu dalam analisis data jualan untuk mengenal pasti peluang peningkatan.

  • Maklumat Tambahan:

Komisen berdasarkan pencapaian sasaran jualan bermula 1% daripada jualan pada RM15,000.00.

Manfaat

  • KWSP
  • PERKESO
  • Cuti Tahunan
  • Cuti Sakit
  • Insurans Kesihatan

Kemahiran

Sales Book Printing Communication Publishing Industry Knowledge

Bagaimana ke syarikat ini dengan pengangkutan awam?

Sungai Buloh

Pengangkutan Awam Berdekatan

MRT
  • DAMANSARA DAMAI

    0.9 km

  • SRI DAMANSARA BARAT

    1.0 km

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut