jobs in Asiana Grand Hall (M) Sdn Bhd

Kontrak Pegawai Sumber Manusia Jobs, salary up to MYR 2,500 in Asiana Grand Hall (M) Sdn Bhd Batu Caves - Maukerja

Pegawai Sumber Manusia jobs
MYR2,200 - MYR2,500 Sebulan
Jadilah pemohon terawal!
Posted 15 hours ago • Closing 30 Jan 2027
Jadilah pemohon terawal!
Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • A-1-12, Emerald Avenue, Jalan PS 11, Prima Selayang Batu Caves Selangor Malaysia 68100

Penerangan Kerja

Kelayakan

Kami sedang mencari seorang HR Officer yang proaktif, teliti dan bertanggungjawab untuk menyokong Jabatan Sumber Manusia dalam mengendalikan tugasan pentadbiran HR harian serta memastikan operasi HR berjalan dengan lancar. Jawatan ini ditawarkan secara kontrak tetap (Fixed-Term Contract) selama tiga (3) bulan bagi menilai prestasi, kompetensi dan kesesuaian calon. Tertakluk kepada prestasi yang memuaskan serta keperluan operasi syarikat, calon yang berjaya berpeluang dipertimbangkan untuk penawaran jawatan tetap selepas tamat tempoh kontrak.

Lokasi Bekerja:
Emerald Avenue, Jalan PS11, Prima Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.

Jenis Pekerjaan:
Kontrak Tetap (Fixed-Term Contract) – Tempoh 3 Bulan

Gaji:
RM2,200 – RM2,500 (bergantung kepada kelayakan dan pengalaman)

Hari & Waktu Bekerja

Isnin – Jumaat:
9.00 pagi – 6.00 petang

Sabtu:
9.00 pagi – 1.00 petang (sekiranya diperlukan)

Ahad:
Hari Rehat

Syarat Kelayakan

  • Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Perniagaan atau bidang yang berkaitan.

  • Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang Sumber Manusia (HR) atau Pentadbiran.

  • Mempunyai pengetahuan asas mengenai Akta Kerja 1955 dan amalan pengurusan sumber manusia adalah satu kelebihan.

  • Mahir menggunakan Microsoft Office, terutamanya Microsoft Word, Excel dan PowerPoint.

  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

  • Seorang yang teliti, bertanggungjawab, berdisiplin dan mampu mengurus maklumat sulit syarikat dengan baik.

  • Mempunyai kemahiran pengurusan masa serta mampu mengendalikan pelbagai tugasan serentak.

  • Mampu bekerja secara berdikari dengan pemantauan minimum serta bekerjasama dalam satu pasukan.

  • Bersedia mempelajari proses dan sistem HR syarikat.

  • Boleh memulakan kerja dalam tempoh yang singkat adalah satu kelebihan.

Kelebihan (Preferred)

  • Pengalaman dalam penyediaan surat-menyurat HR, pengurusan fail pekerja, kehadiran, cuti dan dokumentasi HR.

  • Mempunyai pengalaman menggunakan sistem HRIS atau sistem kehadiran adalah satu kelebihan.

Tanggungjawab

  • Membantu Senior HR Executive dalam menguruskan operasi harian dan pentadbiran Jabatan Sumber Manusia.

  • Melaksanakan tugasan pentadbiran HR termasuk penyediaan dokumen, pengurusan fail dan penyimpanan rekod pekerja.

  • Menyediakan dokumen berkaitan pekerjaan seperti surat tawaran, kontrak pekerjaan, surat pengesahan jawatan, surat amaran, memo serta surat-menyurat HR yang lain.

  • Membantu proses pengambilan pekerja, termasuk mengiklankan jawatan kosong, menapis resume, menyelaras temuduga dan berhubung dengan calon.

  • Menyelaras proses kemasukan (onboarding) dan penamatan perkhidmatan (offboarding) pekerja.

  • Memantau rekod kehadiran, permohonan cuti dan sijil cuti sakit (MC) pekerja.

  • Menyediakan dan menyemak data kehadiran, cuti dan insentif bagi tujuan penyediaan gaji.

  • Mengemaskini pangkalan data HR, rekod pekerja dan laporan HR dengan tepat dan teratur.

  • Menyelaras mesyuarat, latihan dan aktiviti berkaitan HR apabila diperlukan.

  • Berurusan dengan jabatan lain berkaitan hal-hal pentadbiran sumber manusia.

  • Memastikan semua dokumen dan maklumat pekerja disimpan dengan teratur serta mematuhi tahap kerahsiaan syarikat.

  • Menjalankan tugas-tugas pentadbiran am serta tugasan lain yang diarahkan oleh Senior HR Executive atau pihak Pengurusan dari semasa ke semasa.

Manfaat

  • Friendly Working Environment
  • Performance-Based Permanent Employment Opportunity
  • Career Development
  • EPF
  • SOCSO & EIS
  • Annual Bonus

Kemahiran

Human Resources Management Recruitment and Selection Payroll Administration Onboarding and Offboarding Employee Relations HRIS Systems HR Administration Labor Law Compliance

Bagaimana ke syarikat ini dengan pengangkutan awam?

Batu Caves

Pengangkutan Awam Berdekatan

KTM
  • BATU CAVES

    0.2 km

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut