- Jalan 52/18 Petaling Jaya Selangor Malaysia 46050

Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Kelayakan
Penerangan Jawatan:
Kami sedang mencari seorang Juruwang yang mesra, bertanggungjawab, dan berorientasikan pelanggan untuk mengendalikan transaksi pembayaran serta memberikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang. Anda juga akan membantu pelanggan menggunakan Self-Ordering Kiosk dan memastikan operasi kaunter berjalan lancar.
Keperluan:
Mempunyai pengalaman sebagai Juruwang adalah satu kelebihan, namun calon tanpa pengalaman juga digalakkan memohon.
Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, yakin bercakap, dan mesra pelanggan.
Jujur, amanah, bertanggungjawab, serta mempunyai disiplin kerja yang tinggi.
Teliti dalam mengendalikan wang tunai dan transaksi pembayaran.
Mampu bekerja secara syif, hujung minggu, dan cuti umum.
Boleh bekerja dalam persekitaran yang pantas serta mempunyai semangat kerja berpasukan.
Tanggungjawab
Tanggungjawab:
Mengendalikan semua transaksi pembayaran pelanggan menggunakan tunai, kad debit/kredit, QR dan e-wallet dengan tepat.
Memberikan layanan pelanggan yang mesra, sopan, dan profesional serta membantu pelanggan membuat pesanan dan menjawab pertanyaan berkaitan menu.
Mengendalikan mesin Self-Ordering Kiosk dan memastikan ia sentiasa berfungsi dengan baik sepanjang operasi.
Membantu pelanggan menggunakan Self-Ordering Kiosk, terutamanya pelanggan yang ingin membuat pembayaran secara tunai atau memerlukan bantuan semasa membuat pesanan.
Memastikan kaunter dan kawasan kiosk sentiasa bersih, kemas, dan teratur.
Mengurus proses pembukaan dan penutupan kaunter mengikut SOP syarikat.
Membuat pengiraan wang tunai, menyediakan rekod jualan harian, serta memastikan jumlah kutipan adalah tepat sebelum tamat syif.
Mengendalikan pertanyaan dan aduan pelanggan secara profesional serta mendapatkan bantuan Supervisor atau Manager sekiranya diperlukan.
Bekerjasama dengan pasukan dapur dan servis bagi memastikan operasi harian berjalan lancar.
Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Manfaat
Kemahiran
TAMAN JAYA
0.6 km
ASIA JAYA
1.1 km
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.