- Menara PKNS Petaling Jaya Petaling Jaya Selangor Malaysia 46050

Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Kelayakan
Calon lelaki adalah digalakkan untuk memohon.
Memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam mana-mana bidang.
Mempunyai 1–2 tahun pengalaman yang relevan dalam bidang pengacaraan acara, Live Host atau peranan yang setara.
Mempunyai kemahiran komunikasi yang cemerlang, sama ada secara lisan mahupun bertulis dalam Bahasa Malaysia. Penguasaan Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan.
Berkebolehan berinteraksi dan melibatkan audiens dengan berkesan semasa sesi LIVE.
Mempunyai kemahiran persembahan dan pengucapan awam yang baik.
Berpengalaman dalam khidmat pelanggan serta mempunyai kemahiran interpersonal yang mantap.
Mampu bekerja dalam persekitaran yang dinamik dan mengikut jadual yang ditetapkan.
Mempunyai personaliti yang berkarisma, yakin dan petah berkomunikasi di hadapan kamera.
Mempunyai suara yang jelas, bertenaga dan mampu menarik perhatian audiens semasa sesi LIVE.
Berpersonaliti menarik, berpenampilan kemas, profesional dan sesuai mewakili imej syarikat.
Selesa berhadapan dengan kamera serta mampu mengendalikan sesi LIVE dengan penuh tenaga dan profesionalisme.
Seorang yang berdisiplin tinggi, menepati masa (punctual), bertanggungjawab, dan mempunyai etika kerja yang profesional.
Mampu mengurus masa dengan berkesan serta sentiasa hadir tepat pada waktunya untuk bekerja, sesi LIVE dan aktiviti yang telah dijadualkan.
Melaksanakan sesi LIVEdi semua lokasi dewan Asiana mengikut jadual yang ditetapkan oleh syarikat dantidak terhad kepada satu lokasi sahaja.
Bersedia untuk membuat perjalanan ke mana-mana lokasi dewan Asiana bagi tujuan sesi LIVE, penggambaran kandungan dan aktiviti promosi.
Bersedia bekerja pada hujung minggu, cuti umum, serta mengikut jadual kerja yang ditetapkan bagi memenuhi keperluan operasi syarikat.
Tanggungjawab
Mengendalikan sesi LIVE di TikTok mengikut jadual yang ditetapkan.
Mempromosikan pakej dewan perkahwinan, pakej katering, serta perkhidmatan syarikat secara profesional dan menarik.
Berinteraksi secara aktif dengan penonton, menjawab pertanyaan, serta meningkatkan kadar tontonan (engagement) semasa sesi LIVE.
Menarik dan mengumpulkan lead yang berpotensi untuk diserahkan kepada pasukan Sales bagi tujuan susulan dan tempahan.
Memastikan semua maklumat berkaitan pakej, promosi dan harga yang disampaikan adalah tepat dan terkini.
Menghasilkan sekurang-kurangnya satu (1) kandungan (content) berkualiti setiap hari bagi tujuan promosi syarikat di media sosial.
Bekerjasama dengan pasukan Business Growth & Digital Marketing dalam merancang idea kandungan, promosi dan kempen pemasaran.
Membuat persediaan sebelum sesi LIVE, termasuk memahami produk, promosi semasa, skrip dan objektif jualan.
Membantu menghasilkan video pendek, gambar atau kandungan kreatif yang mampu meningkatkan kesedaran jenama (brand awareness) dan menarik bakal pelanggan.
Mencapai KPI yang ditetapkan oleh syarikat termasuk jumlah sesi LIVE, bilangan lead, kadar engagement dan sasaran jualan.
Memastikan penampilan diri, komunikasi dan imej profesional sentiasa mencerminkan jenama syarikat.
Menyediakan laporan harian atau mingguan berkaitan prestasi LIVE, kandungan yang diterbitkan dan lead yang diperoleh.
Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa bagi menyokong operasi dan objektif syarikat.
Manfaat
TAMAN JAYA
0.3 km
ASIA JAYA
1.1 km
UNIVERSITI
2.0 km
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.