Jawatan ini telah ditutup, tetapi kerja yang serupa masih dibuka.
Permohonan ditutup pada 26 Nov 2026.

Eksekutif Sumber Manusia
Disiarkan sebulan yang lepas • Ditutup 26 Nov 2026
Penerangan Kerja
Kelayakan
Pendidikan & Pengalaman: Kelayakan dalam Pengurusan Sumber Manusia / Pentadbiran Perniagaan atau bidang berkaitan, serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang HR.
Pengetahuan Undang-Undang Kerja: Memahami Akta Kerja 1955, prosedur tatatertib, dan siasatan dalaman (Domestic Inquiry).
Kemahiran Pengurusan Gaji & Data: Mahir menguruskan pemprosesan gaji (payroll), borang EA, tuntutan, serta berketelitian tinggi dalam mengendalikan rekod sulit pekerja.
Pengambilan Pekerja & Latihan: Berkeupayaan mengendalikan proses pengambilan staf dari awal hingga akhir dan menguruskan program induksi/latihan.
Pengurusan Pentadbiran & Stok: Berkemampuan menyedia dan mengemaskini laporan bulanan (carta organisasi, demerit) serta menguruskan stok (seperti pakaian seragam).
Tanggungjawab
Rekod Peribadi Staf: Mengurus, mengemaskini fail serta rekod peribadi kakitangan mengikut peraturan, sambil memastikan maklumat gaji, elaun, dan tuntutan adalah betul, tepat, serta sulit.
Pengambilan: Memastikan keperluan kakitangan mencukupi dan membantu proses pengambilan pekerja (iklan, resume, surat, dan laporan temuduga).
Pembangunan Kerjaya: Mencadangkan latihan, mengendalikan induksi staf baharu, mengemaskini carta organisasi bulanan, serta melaporkan Laporan Demerit Kakitangan kepada pihak pengurusan.
Perundangan Sumber Manusia: Memantau disiplin dan salah laku mengikut Akta Kerja 1955 serta peraturan syarikat, termasuk menyediakan surat tunjuk sebab, mencatat minit, dan menyediakan laporan siasatan dalaman.
Pembayaran Dan Kemudahan: Menyediakan dan menyemak laporan gaji, slip gaji, borang EA, borang potongan, dan arahan bank untuk disahkan oleh Ketua Syarikat mengikut tempoh yang ditetapkan.
Pakaian Seragam: Memastikan staf mematuhi etika pakaian seragam serta mengurus dan merekod tahap stok minimum dan maksimum pakaian seragam.
Manfaat
- Lunch provided
- Elaun
