- Jalan Kempas Lama Tebrau Johor Malaysia 81300

Tebrau, Johor
Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Kelayakan
WAJIB boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin dengan fasih kerana jawatan ini memerlukan komunikasi dan sales follow-up secara berkala dengan pelanggan yang bertutur dalam Bahasa Mandarin.
Penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang baik adalah satu kelebihan.
Mempunyai pengalaman dalam bidang jualan.
Pengalaman dalam industri Wedding, Event, Hotel, Banquet, Hospitality atau Venue Sales adalah satu kelebihan.
Mempunyai kemahiran komunikasi, pembentangan dan interpersonal yang baik.
Mempunyai kemahiran follow-up, rundingan dan closing sales yang baik.
Proaktif dan selesa untuk menghubungi serta membuat susulan dengan bakal pelanggan.
Berorientasikan jualan dan sasaran serta bermotivasi untuk mencapai prestasi yang baik.
Bertanggungjawab, bermotivasi dan mampu bekerja secara berdikari.
Mempunyai kemahiran khidmat pelanggan dan pengurusan hubungan pelanggan yang baik.
Mempunyai pengetahuan asas Microsoft Office / Google Workspace.
Boleh bekerja pada hujung minggu dan cuti umum mengikut jadual kerja.
Tanggungjawab
Mengendalikan pertanyaan daripada bakal pelanggan melalui WhatsApp, panggilan telefon, media sosial dan saluran jualan lain.
Mengatur dan menjalankan lawatan venue (site visit) bersama bakal pelanggan.
Memahami keperluan pelanggan untuk majlis perkahwinan, jamuan dan acara serta mencadangkan pakej venue yang sesuai.
Menerangkan pakej venue, harga, promosi dan perkhidmatan tambahan kepada pelanggan dengan jelas.
Menyediakan sebut harga, proposal dan dokumen berkaitan jualan.
Membuat susulan (follow-up) secara aktif dan konsisten dengan bakal pelanggan sepanjang proses jualan.
Berunding dengan pelanggan dan berusaha untuk menutup jualan (closing sales) dengan berjaya.
Mencapai sasaran jualan bulanan dan KPI jualan yang ditetapkan oleh syarikat.
Memastikan rekod leads, follow-up, tempahan dan maklumat pelanggan sentiasa dikemas kini.
Menyelaras keperluan pelanggan yang telah membuat tempahan dengan pasukan Event dan Operations bagi memastikan proses handover berjalan lancar.
Membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan sebelum dan selepas tempahan disahkan.
Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan jualan yang diarahkan oleh pihak pengurusan.
Manfaat
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.