jobs in ESM Machinery (KL) Sdn Bhd

Kerja Sepenuh Masa PEMANDU LORI, Gaji tinggi MYR 2,600 di ESM Machinery (KL) Selangor - Maukerja

PEMANDU LORI jobs
MYR2,300 - MYR2,600 Sebulan
Respons Segera
Jadilah pemohon terawal!
Posted 14 hours ago • Closing 14 Nov 2026
Jadilah pemohon terawal!
Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • No. 1, Jalan Teras 2, Kawasan Perindustrian Teras Balakong Selangor Malaysia 43300

Penerangan Kerja

Kelayakan

Jawatan ini memerlukan calon yang bukan sahaja mempunyai kemahiran memandu yang baik, tetapi juga mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap keselamatan kenderaan, barangan syarikat dan ketepatan penghantaran kepada pelanggan.

Calon yang mempunyai pengalaman dalam penghantaran machinery, industrial equipment atau barangan berat akan diberi keutamaan.

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.

  • Mempunyai Lesen Memandu Kelas D dan GDL yang sah.

  • Sekurang-kurangnya 1–2 tahun pengalaman sebagai pemandu lori, sebaik-baiknya dalam bidang gudang, logistik, machinery atau penghantaran barangan.

  • Mempunyai pengetahuan yang baik mengenai laluan di Lembah Klang dan jalan raya utama di Malaysia.

  • Memahami serta mematuhi undang-undang dan peraturan keselamatan jalan raya.

  • Sihat tubuh badan dan mampu mengangkat, memuat dan memunggah barangan berat apabila diperlukan.

  • Bertanggungjawab, amanah, menepati masa dan boleh dipercayai.

  • Mampu bekerja secara berdikari dengan pengawasan minimum.

  • Mempunyai kemahiran komunikasi asas dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

  • Bersedia untuk melakukan perjalanan luar kawasan atau outstation apabila diperlukan.

Tanggungjawab

Seiring dengan perkembangan operasi kami di Lembah Klang dan seluruh Malaysia, kami sedang mencari calon warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, berdisiplin dan berpengalaman untuk menyertai pasukan kami sebagai Pemandu Lori.

Tanggungjawab Utama

  • Menghantar barangan dari gudang ke premis pelanggan atau lokasi yang ditetapkan berdasarkan Delivery Order (DO) dan jadual penghantaran.

  • Memastikan semua penghantaran dibuat dengan tepat, selamat dan mengikut masa yang ditetapkan.

  • Memastikan barangan berada dalam keadaan baik sebelum keluar dari gudang dan semasa diserahkan kepada pelanggan.

  • Membantu dan mengendalikan proses memuat serta memunggah barangan dengan kaedah dan peralatan yang sesuai.

  • Mematuhi semua prosedur keselamatan syarikat dan peraturan keselamatan jalan raya pada setiap masa.

  • Memastikan lori syarikat sentiasa berada dalam keadaan bersih, selamat dan baik untuk digunakan.

  • Memastikan servis dan penyelenggaraan lori dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan.

  • Melaporkan dengan segera sebarang kerosakan, kemalangan, masalah teknikal atau isu berkaitan kenderaan kepada pihak pengurusan.

  • Bertanggungjawab terhadap keselamatan dan keadaan barangan yang dibawa sehingga penghantaran selesai.

  • Membantu kerja-kerja gudang sebagai Pembantu Stor sekiranya tiada penghantaran pada hari berkenaan.

  • Bersedia melakukan penghantaran ke seluruh Malaysia mengikut keperluan syarikat.

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan seperti yang diarahkan oleh pihak syarikat dari semasa ke semasa.

Waktu Berkerja: Isnin – Jumaat: 8.30 pagi – 5.30 petang

Calon juga perlu bersedia bekerja pada waktu lain sekiranya diperlukan berdasarkan jadual penghantaran dan keperluan operasi syarikat.

Manfaat

  • Persekitaran kerja yang mesra dan menyokong
  • KWSP, PERKESO & EIS mengikut peraturan yang berkenaan
  • Cuti Perubatan dan Hospitalisasi
  • Cuti Tahunan

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut