Tanggungjawab
1.Berpengalaman sebagai pemandu peribadi atau pemandu syarikat adalah satu kelebihan.
2. Bertanggungjawab memastikan perjalanan harian Pengarah Urusan berjalan lancar, selamat, tepat masa dan menjaga kerahsiaan serta imej profesional syarikat.
3. Memastikan kenderaan sentiasa bersih, kemas dan dalam keadaan baik.
4. Membuat pemeriksaan harian seperti minyak enjin, tayar, brek dan kebersihan kenderaan.
5. Mengamalkan pemanduan berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya.
6. Mempunyai lesen memandu yang sah (kelas D).
7. Rekod pemanduan yang bersih dan baik.
8. Mahir menggunakan aplikasi navigasi seperti Google Maps atau Waze.
9. Berdisiplin, amanah, menepati masa dan berpenampilan kemas.
10. Sihat tubuh badan dan mempunyai sikap profesional.
Waktu Bekerja
1. Mengikut jadual Pengarah Urusan.
2. Fleksibel untuk kerja lebih masa dan perjalanan luar kawasan.
Kemahiran Tambahan
1. Komunikasi yang baik dan sopan.
2. Mampu bekerja secara berdikari.
3. Mengetahui laluan sekitar kawasan lembah kelang.
Temuduga di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras