Kami sedang mencari individu yang bertanggungjawab, amanah dan profesional sebagai Pemandu Syarikat (Company Driver) bagi urusan harian CEO serta operasi syarikat.
Tanggungjawab:
- Membawa CEO ke mesyuarat, acara, temujanji dan urusan rasmi syarikat
- Memastikan perjalanan berjalan lancar serta menepati masa yang ditetapkan
- Merancang laluan perjalanan yang efisien bagi mengelakkan kelewatan
- Memastikan kenderaan syarikat sentiasa bersih dan berada dalam keadaan baik
- Melakukan pemeriksaan asas kenderaan dan menguruskan penyelenggaraan apabila diperlukan
- Membantu urusan penghantaran dokumen atau tugasan rasmi syarikat jika diperlukan
- Menjaga kerahsiaan dan profesionalisme semasa menjalankan tugas
- Membantu tugasan ad-hoc yang diarahkan oleh pihak Pengurusan dari semasa ke semasa
Kelayakan:
- Mempunyai lesen memandu yang sah serta rekod pemanduan yang baik
- Mahir dengan laluan sekitar Klang Valley dan penggunaan aplikasi navigasi
- Menepati masa, berdisiplin dan mempunyai sikap yang baik
- Bersedia bekerja lebih masa atau pada hujung minggu sekiranya diperlukan
- Amanah, bertanggungjawab dan mampu menjaga kerahsiaan syarikat
- Pengalaman sebagai pemandu peribadi atau pemandu syarikat adalah satu kelebihan
Pay: From RM3,500.00 per month
Benefits:
- Company car
- Dental insurance
- Free parking
- Health insurance
- Meal allowance
- Parental leave
Work Location: On the road