- Parit Sulung, Johor Parit Perak Malaysia
Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Tanggungjawab
Tentang Jawatan Ini
Bebiri Hostel Empire (M) Sdn. Bhd. sedang mencari calon yang matang, petah berkomunikasi, tersusun dan proaktif untuk bekerja rapat dengan pihak Pengurusan dalam susulan projek, koordinasi komunikasi perniagaan, penyediaan laporan dan pemantauan tindakan penting syarikat.
Jawatan ini bukan peranan Personal Assistant biasa. Ia sesuai untuk calon yang ingin berkembang dalam bidang management support, business coordination dan corporate office function, serta mendapat pendedahan langsung kepada operasi, komunikasi dan pelaksanaan keputusan pengurusan.
Lokasi: HQ Parit Sulong, Johor, sesuai untuk calon dari Batu Pahat, Muar, Yong Peng, Ayer Hitam dan kawasan sekitar.
Tanggungjawab Utama
1. Menyelaras dan membuat susulan terhadap projek, keputusan mesyuarat, tugasan penting dan perkara tertangguh.
2. Menyediakan nota mesyuarat, action tracker, laporan ringkas, management updates, presentation materials dan dokumen berkaitan pengurusan.
3. Menyelaras komunikasi antara pihak Pengurusan, jabatan dalaman, pihak luar dan rakan niaga apabila diperlukan.
4. Menjalankan research, pengumpulan maklumat dan analisis asas bagi menyokong perbincangan, cadangan dan keputusan pengurusan.
5. Menyokong tugasan ad hoc, projek khas dan inisiatif penambahbaikan operasi syarikat dari semasa ke semasa.
Kelayakan dan Keperluan
1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Business, Management, Communication, Law, Psychology atau bidang berkaitan.
2. Minimum 3 tahun pengalaman dalam executive support, business coordination, project coordination, management office, corporate communication, operations coordination atau peranan berkaitan.
3. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, secara lisan dan bertulis.
4. Mampu menyediakan dokumen, laporan dan bahan pembentangan yang tersusun, jelas dan profesional.
5. Mahir menggunakan Microsoft Office dan/atau Google Workspace serta celik teknologi, termasuk penggunaan aplikasi berasaskan AI untuk menyokong kerja dokumentasi, research dan laporan.
6. Matang, teliti, berdisiplin, proaktif, mampu bekerja secara berdikari dengan pengawasan minimum serta boleh menjaga kerahsiaan maklumat.
7. Mempunyai lesen memandu yang sah, pengangkutan sendiri dan bersedia melakukan perjalanan kerja apabila diperlukan.
Kelebihan Tambahan
Calon yang pernah bekerja secara langsung dengan pemilik perniagaan, pengarah, pengurusan kanan atau ketua jabatan akan diberi keutamaan.
Pengalaman menyediakan minutes of meeting, laporan pengurusan, kertas cadangan, presentation deck atau project tracker juga merupakan kelebihan.
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.