

Bebiri Hostel Empire (M) Sdn. Bhd.
Company SSM No 202401006541 · 21-100 Employees · Agriculture / Poultry / Fisheries
Tentang Bebiri Hostel Empire (M) Sdn. Bhd.
Bebiri World ialah sebuah jenama yang berdaftar di bawah syarikat Bebiri Hostel Empire (M) Sdn. Bhd. yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera.
Ditubuhkan pada 20 Disember 2021 sebagai perniagaan milikan tunggal (enterprise) dan beroperasi di Jalan Kampung Parit Haji Zain, Batu 15½, Air Hitam, Muar, Johor. Pada 19 Februari 2024, perniagaan ini telah dinaik taraf menjadi syarikat sendirian berhad.
Penubuhan syarikat ini terinspirasi daripada sistem pawah yang pernah dijalankan sebelum ini dan seterusnya dijenamakan semula pada tahun 2022 dengan menggunakan sistem pawah moden.
Perkhidmatan yang disediakan oleh Bebiri World bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran daging biri-biri dalam negara, di samping memberi peluang kepada sesiapa yang tidak mempunyai tanah, kandang, padang ragut, masa atau kepakaran dalam perubatan untuk memiliki ternakan biri-biri sendiri.
Maklumat Bebiri Hostel Empire (M) Sdn. Bhd.
Budaya dan Faedah Pekerja
Faedah Kewangan
- Kenaikan Gaji
Cuti Berbayar
- Cuti Bersalin
- Cuti Pengasih dan banyak lagi...
Faedah Tambahan
- Pembangunan Kerjaya Profesional (program latihan, bengkel, persidangan untuk meningkatkan kemahiran)
- Aktiviti Syarikat (pembinaan pasukan, perjalanan luar, perkumpulan sosial) dan banyak lagi...