jobs in Asta Chemicals Sdn Bhd

Kerja Sepenuh Masa Juruteknik Proses | Process Technician (WWTP), Gaji tinggi MYR 2,500 di Asta Chemicals Pulau Pinang - Maukerja

Juruteknik Proses | Process Technician (WWTP)

MYR1,800 - MYR2,500 Sebulan

Prai, Pulau Pinang

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Prai Pulau Pinang Malaysia

Penerangan Kerja

Kelayakan

Education: 1. Sekurang-kurangnya memiliki kelayakan SPM atau setaraf. 2. Bertanggungjawab dan berdisiplin. 3. Mampu bekerja secara berpasukan. 4. Rajin serta mempunyai sikap yang positif. Experience: 1-3 years Nationality: Malaysians Only Own transport: None

Tanggungjawab

Tujuan Jawatan

Memastikan operasi Loji Rawatan Air Sisa (WWTP) berjalan dengan selamat, cekap dan mematuhi keperluan perundangan melalui pelaksanaan operasi, pemantauan, penyelenggaraan serta pengurusan proses rawatan air sisa bagi menyokong kelangsungan operasi syarikat dan pematuhan terhadap peraturan alam sekitar.


Tugas dan Tanggungjawab
Alam Sekitar, Keselamatan & Kesihatan

1. Membantu memastikan operasi Loji Rawatan Air Sisa (WWTP) berjalan dengan lancar.
2. Membantu memastikan data operasi dikumpul dengan tepat dan direkodkan pada hari yang sama.
3. Membantu mengemaskini stok bahan kimia setiap hari.
4. Membantu menjalankan kerja-kerja pembersihan (housekeeping) di kawasan WWTP serta memastikan kawasan sentiasa bersih daripada sampah dan kabin bekas sentiasa dalam keadaan bersih.
5. Membantu menjalankan kerja-kerja mengecat di kawasan WWTP.
6. Membantu memastikan kolam takungan (sump pond) dibersihkan daripada enap cemar (sludge).
7. Membantu memastikan pam bahan kimia dan blower sentiasa berada dalam keadaan operasi yang baik.
8. Membantu mengekalkan persekitaran kerja yang selamat di kawasan WWTP.
9. Membantu memastikan proses pengurusan activated sludge dan filter press berjalan dengan lancar.
10. Membantu merekod inventori sisa terjadual dengan tepat.
11.Membantu jabatan lain dalam urusan pelupusan sisa mengikut prosedur yang ditetapkan.
12. Membantu memastikan semua peralatan keselamatan, kesihatan pekerjaan dan alam sekitar sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
13. Membantu pihak pengurusan dalam penyediaan bahan kimia serta memastikan stok sentiasa mencukupi.
14. Membantu memastikan proses rawatan fizikal, kimia dan pengudaraan (aeration) berjalan dengan lancar serta mematuhi keperluan perundangan.
15. Membantu pengurusan dalam pengendalian operasi WWTP mengikut prosedur operasi yang ditetapkan.
16. Membantu pengurusan dalam kerja-kerja penyelesaian masalah (troubleshooting) WWTP.
17. Membantu memastikan operasi WWTP mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.
18. Membantu memastikan pengurusan sisa terjadual mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Sisa Terjadual) 2005.
19. Membantu merekod semua aktiviti harian, mingguan dan bulanan ke dalam log operasi.


Kelayakan Jawatan
1. Sekurang-kurangnya tamat pendidikan sekolah menengah dengan LULUS mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dalam SPM.
2. Mempunyai pengetahuan mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) serta Alam Sekitar adalah satu kelebihan dan mampu bekerja secara berpasukan dengan berkesan.


Asta Chemicals Sdn Bhd (Prai)
2036, Lorong Perusahaan 2, Kawasan Perusahaan Perai, 13600 Perai, Malaysia.
Tel:+*************

Please email to: Mr Jegadheson, *************
or contact: ************* 1083 (whatsapp) call: *************

Benefit:
- Annual Medical Checkup
- Group Hospitalisation
- Gratuity & high EPF contribution from Employer
- Medical insurance coverage including

Manfaat

- Annual Medical Checkup - Group Hospitalisation - Gratuity & high EPF contribution from Employer - Medical insurance coverage including family - EPF 15% - Training Provider

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut