jobs in Hazra Wellness

Kerja Sepenuh Masa Beutician, Gaji tinggi MYR 1,700 di Hazra Wellness Selangor - Maukerja

Beutician

Hazra Wellness

MYR1,700 - MYR1,700 Sebulan
Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Sepang Selangor Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

Beautician (Sepenuh Masa)

Lokasi: Kota Warisan, Sepang

Mengenai Jawatan

Hazra Wellness sedang mencari Beautician yang bersemangat, profesional dan mesra pelanggan untuk menyertai pasukan kami. Jika anda berminat dalam bidang kecantikan dan wellness serta ingin membina kerjaya dalam persekitaran yang moden dan berkembang, kami mengalu-alukan permohonan anda.

Tanggungjawab

* Menjalankan rawatan kecantikan dan wellness mengikut SOP syarikat.

* Mengendalikan rawatan wajah, badan, kulit kepala dan rambut menggunakan peralatan serta teknologi yang disediakan.

* Memberikan konsultasi asas serta mencadangkan rawatan dan produk yang bersesuaian.

* Memastikan kebersihan bilik rawatan, peralatan dan kawasan kerja sentiasa terjaga.

* Memberikan pengalaman pelanggan yang profesional dan berkualiti.

* Menyimpan rekod rawatan pelanggan dengan tepat.

* Membantu kelancaran operasi harian serta mencapai sasaran perkhidmatan syarikat.

Kelayakan

* Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang Kecantikan atau kelayakan yang setaraf/lebih tinggi.

* Graduan baharu digalakkan memohon.

* Mempunyai minat dalam bidang kecantikan, wellness dan perkhidmatan pelanggan.

* Berkemahiran komunikasi yang baik, berdisiplin dan mampu bekerja dalam satu pasukan.

* Bersedia bekerja pada hujung minggu dan cuti umum mengikut jadual.

Faedah

* Gaji asas yang kompetitif.

* Komisen dan insentif prestasi.

* Latihan berterusan serta peluang pembangunan kerjaya.

* Diskaun rawatan dan produk kakitangan.

* Persekitaran kerja yang profesional, positif dan menyokong.

Pay: From RM1,700.00 per month

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut