Jawatan: Driver Kurier
Lokasi Bekerja: KLCC/Town (Kg.Baru, Chow Kit, KLCC,Kg Attap)
Tempoh Kontrak: 3 bulan (Ditukar kepada pekerja tetap selepas pengesahan berdasarkan prestasi kerja.
Faedah:
- Gaji Bulanan + Insentif Penghantaran = Anggaran RM3000 dan ke atas
- EPF, SOCSO, EIS
- Cuti Tahunan, Cuti Sakit
- Insurance (Setelah ditukar kepada pekerja tetap)
- Menggunakan kenderaan syarikat
Deskripsi Kerja:
- Memuat naik pakej ke dalam kenderaan dan menghantar kepada penerima yang ditetapkan dengan selamat berdasarkan laluan yang telah diberikan atau dicadangkan;
- Memuat naik POD ke dalam sistem di dalam jangka masa yang telah ditetapkan;
- Mengembalikan DO yang telah diakui dan ditandatangani oleh pelanggan setelah kembali ke hab/depot seperti yang ditentukan dalam piawaian dan prosedur syarikat;
- Mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti JPJ, PDRM dan undang-undang dan peraturan lain yang berkaitan;
- Mematuhi semua piawaian dan prosedur syarikat yang telah ditetapkan;
- Menjaga kebersihan kenderaan yang telah diberikan, melakukan pemeriksaan rutin dan melaporkan sebarang isu atau masalah kenderaan tersebut dengan segera kepada pegawai yang telah ditugaskan;
- Melaporkan dengan segera sebarang insiden, kemalangan atau isu yang dihadapi; dan
- Menjalankan apa jua tugasan yang diberikan dari masa ke semasa.
Syarat Kelayakan:
- Lesen GDL yang sah.
- Tiada rekod jenayah/ dadah
- Boleh mula bekerja serta-merta
Kepada yang berminat, sila whatsapp butiran peribadi anda kepada pihak HR di talian *************
Pay: RM1,700.00 - RM3,500.00 per month
Benefits:
Work Location: In person