Suka troubleshoot, baiki mesin dan cari punca masalah?
Kalau anda seorang yang suka bekerja dengan tangan, berminat dengan mesin dan tidak takut untuk belajar perkara baharu — kami sedang mencari Junior Machine Technician untuk menyertai pasukan kami!
Anda tidak semestinya perlu mempunyai pengalaman yang banyak. Fresh graduates dengan pengetahuan asas teknikal juga dialu-alukan untuk memohon. Latihan dan bimbingan akan disediakan.
Apa Yang Anda Akan Lakukan?
- Membaiki semua mesin dan berkongsi gambar selepas pembaikan dalam Kumpulan Teknisi untuk tujuan laporan.
- Menjalankan penyelenggaraan mesin secara berkala dan mengemas kini buku rekod penyelenggaraan dengan betul.
- Memantau stok alat ganti mesin dan memaklumkan kepada Kumpulan Teknisi apabila stok perlu ditambah.
- Menyusun dan menyimpan alat ganti mesin dengan kemas di kawasan yang ditetapkan di kedua-dua gudang.
- Merakam video proses pemeriksaan dan pembaikan mesin.
- Bersedia untuk belajar dan mengendalikan forklift apabila diperlukan.
Siapa Yang Kami Cari?
- Suka melakukan troubleshooting dan mencari punca sesuatu masalah, bukan sekadar menunggu arahan untuk membaikinya.
- Mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan peralatan dan perkakas tangan.
- Sihat tubuh badan dan boleh melakukan kerja fizikal serta kerja penyelenggaraan di kawasan gudang.
- Bersedia untuk belajar dan mengendalikan forklift; latihan akan disediakan.
- Boleh bekerja secara berdikari dan mengikut arahan penyelia.
- Mempunyai sikap bertanggungjawab, teliti dan mementingkan keselamatan.
- Boleh bekerja lebih masa jika diperlukan.
Apa Yang Kami Tawarkan?
- EPF
- SOCSO
- EIS
- Free Parking
- Maternity Leave
- Parental Leave
- Training & on-the-job guidance provided
- Forklift training provided
- Peluang untuk membina pengalaman dan kemahiran dalam bidang teknikal serta penyelenggaraan mesin
Pay: RM2,000.00 per month
Benefits:
- Free parking
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
- Parental leave
Application Question(s):
- Adakah kamu merokok/vape?
- Bolehkah kamu kerja Sabtu halfday?
Work Location: In person