jobs in SRI Ar-Razzi

Kerja Sepenuh Masa PEMANDU VAN SEKOLAH DI BANDAR BARU BANGI, Gaji tinggi MYR 1,700 di SRI Ar-Razzi Selangor - Maukerja

PEMANDU VAN SEKOLAH DI BANDAR BARU BANGI

SRI Ar-Razzi

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Jalan Banting-Semenyih Kajang Selangor Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

JAWATAN KOSONG: PEMANDU VAN SEKOLAH SRI AR-RAZZI

SRI Ar-Razzi sedang mencari calon yang amanah, bertanggungjawab dan berdisiplin untuk menyertai pasukan kami sebagai Pemandu Van Sekolah.

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

  • Menghantar dan mengambil pelajar dengan selamat mengikut jadual dan laluan yang ditetapkan.
  • Memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar sepanjang perjalanan.
  • Memastikan van sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk digunakan.
  • Membuat pemeriksaan asas kenderaan sebelum memulakan perjalanan.
  • Mematuhi semua peraturan jalan raya dan SOP keselamatan syarikat.
  • Menjaga masa dan memastikan perjalanan mengikut jadual.
  • Melaporkan sebarang kerosakan atau masalah berkaitan van kepada pihak pengurusan.

SYARAT & KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai lesen memandu yang sah.
  • Mempunyai lesen PSV yang sah atau bersedia untuk mendapatkannya.
  • Mempunyai pengalaman memandu van/bas sekolah adalah satu kelebihan.
  • Mempunyai rekod pemanduan yang baik.
  • Sihat tubuh badan dan mampu menjalankan tugas dengan baik.
  • Amanah, bertanggungjawab, sabar dan mempunyai sikap penyayang terhadap kanak-kanak.
  • Berdisiplin, menepati masa dan boleh mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
  • Boleh bekerjasama dengan pihak sekolah, ibu bapa dan kakitangan.
  • Tiada rekod jenayah dan bersedia menjalani proses saringan yang ditetapkan oleh syarikat.
  • Calon yang mempunyai pengalaman sebagai pemandu sekolah/van pelajar amat digalakkan memohon.

KELEBIHAN YANG DITAWARKAN

Gaji dan elaun yang kompetitif
Caruman KWSP, PERKESO, SIP & LINDUNG 24 JAM
Cuti tahunan & cuti sakit mengikut kelayakan
Latihan dan bimbingan disediakan
Van syarikat disediakan untuk tugasan
Jadual kerja yang teratur
Persekitaran kerja yang baik dan profesional
Peluang untuk menyertai pasukan yang stabil dan berkembang
Kebajikan pekerja diberi perhatian

WAKTU BEKERJA

Mengikut jadual operasi sekolah dan tugasan pengangkutan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Bekerja 5 hari seminggu. Cuti setiap sabtu, ahad, cuti umum dan cuti sekolah

LOKASI

Sekitar B.B.Bangi, Bangi Lama, Bandar Seri Putra

Calon yang berminat boleh menghantar resume melalui email ************* atau hubungi kami di talian ************* 3757 (Cik Aina)

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Pay: RM1,700.00 per month

Work Location: On the road

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut