1. Operasi Pengeluaran
- Mengendalikan mesin dan peralatan pengeluaran mengikut SOP yang ditetapkan.
- Menjalankan proses penyediaan, pemprosesan, pembakaran dan pembungkusan produk.
- Memastikan pengeluaran berjalan mengikut sasaran dan jadual yang ditetapkan.
2. Penyediaan Bahan Mentah
- Menimbang dan menyediakan bahan mentah mengikut resipi dan arahan pengeluaran.
- Memastikan bahan mentah berada dalam keadaan baik dan sesuai digunakan.
- Mengendalikan bahan mentah dengan betul bagi mengelakkan pembaziran dan pencemaran.
3. Kawalan Kualiti
- Memeriksa produk semasa dan selepas proses pengeluaran.
- Memastikan produk memenuhi standard kualiti, saiz, berat, rupa dan spesifikasi syarikat.
- Mengasingkan produk yang rosak atau tidak menepati standard serta melaporkan kepada penyelia.
4. Kebersihan & Keselamatan Makanan
- Memastikan kawasan pengeluaran, mesin dan peralatan sentiasa bersih dan teratur.
- Mematuhi SOP kebersihan, keselamatan makanan dan keperluan Halal syarikat.
- Memakai pakaian serta kelengkapan keselamatan yang ditetapkan.
5. Pembungkusan & Pelabelan
- Membungkus produk mengikut standard dan spesifikasi yang ditetapkan.
- Memastikan produk dilabel dengan betul sebelum disimpan atau dihantar.
- Memastikan kawasan pembungkusan sentiasa bersih dan teratur.
6. Tugas Am & Disiplin
- Mematuhi arahan kerja dan SOP yang diberikan oleh penyelia.
- Bekerjasama dengan ahli pasukan bagi memastikan sasaran pengeluaran tercapai.
- Menjaga kebersihan, keselamatan, disiplin dan ketepatan masa semasa bekerja.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan operasi pengeluaran seperti yang diarahkan oleh pihak pengurusan.
Waktu Kerja: Isnin - Jumaat (8.30am - 6.30pm)
Lokasi: Ekoperniagaan Dato Onn
Staff Benefit: Group Commission, Staff Price, Company Trip, Company Annual Dinner.
Berminat boleh WhatsApp: ************* (No Call, Text Only)
Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per month
Work Location: In person