jobs in Khairul Bakery Ingredients Sdn Bhd

Kerja Sepenuh Masa MARKETING ADMIN, Gaji tinggi MYR 1,700 di Khairul Bakery Ingredients Pahang - Maukerja

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Temerloh Pahang Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

Admin Marketing

Kami sedang mencari calon yang bertanggungjawab, teliti, rajin belajar dan boleh dipercayai untuk mengisi jawatan Admin Marketing di KBI.

Calon akan membantu tugasan pentadbiran marketing, media sosial, marketplace, customer inquiry, laporan dan bahan promosi syarikat.

Tanggungjawab:

  • Membantu kerja pentadbiran harian bahagian marketing.
  • Membantu menyediakan poster, gambar produk, caption dan bahan promosi menggunakan Canva.
  • Membantu mengurus dan mengemaskini kandungan media sosial syarikat seperti Facebook, Instagram dan TikTok.
  • Membantu menyemak dan mengurus order / maklumat berkaitan platform marketplace seperti Shopee dan TikTok Shop jika diperlukan.
  • Membantu membalas pertanyaan pelanggan melalui WhatsApp, media sosial atau platform berkaitan mengikut arahan syarikat.
  • Mengemaskini data, laporan, senarai produk, promosi dan maklumat marketing dengan teliti.
  • Menyusun gambar, dokumen, screenshot, bahan promosi dan fail marketing dengan kemas.
  • Membantu menyediakan laporan ringkas berkaitan aktiviti marketing, customer inquiry, campaign dan tugasan harian.
  • Membantu kerja promosi, campaign, event atau aktiviti marketing syarikat jika diperlukan.
  • Belajar dan memahami produk syarikat supaya dapat membantu tugasan marketing dan pertanyaan pelanggan dengan lebih baik.
  • Menjalankan tugasan lain yang diarahkan oleh penyelia atau pihak pengurusan.

Kelayakan:

  • Minimum SPM. Diploma atau Ijazah dalam bidang berkaitan adalah satu kelebihan.
  • Mempunyai pengetahuan asas komputer.
  • Boleh menggunakan Microsoft Word, Excel / Google Sheet dan PowerPoint.
  • Boleh menggunakan Canva.
  • Biasa menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok.
  • Pengalaman mengurus Shopee, TikTok Shop atau platform marketplace adalah satu kelebihan.
  • Boleh menulis caption atau ayat promosi ringkas dengan baik.
  • Teliti dalam mengurus data, harga, produk, laporan dan maklumat pelanggan.
  • Bertanggungjawab, berdisiplin dan menepati masa.
  • Boleh menerima arahan, teguran dan pembetulan kerja.
  • Boleh bekerja dalam pasukan dan berkomunikasi dengan baik.
  • Tidak memilih kerja dan sanggup belajar perkara baharu.
  • Pengalaman dalam bidang admin, marketing, retail, customer service atau content adalah satu kelebihan.

Ciri-ciri Calon Yang Dicari:

  • Rajin belajar dan boleh ikut arahan.
  • Teliti dan tidak cuai dengan maklumat.
  • Boleh menyiapkan tugasan mengikut deadline.
  • Boleh membuat follow-up tugasan sehingga selesai.
  • Kreatif tetapi masih boleh bekerja mengikut format dan arahan syarikat.
  • Berminat dalam bidang marketing, media sosial, produk retail dan customer service.

Jenis Pekerjaan: Sepenuh Masa
Lokasi Kerja: Temerloh, Pahang
Kaedah Kerja: Bersemuka
Gaji: RM1,700 – RM2,000 sebulan, bergantung kepada kelayakan, pengalaman dan prestasi

Job Type: Full-time

Pay: RM1,700.00 per month

Benefits:

  • Professional development

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut