jobs in Interconnect United Sdn. Bhd.

Kerja Sepenuh Masa, Technician | Engineer EV — Program Jaminan Kerjaya di Interconnect United Sdn. Bhd. Pahang - Maukerja

Technician | Engineer EV — Program Jaminan Kerjaya

Interconnect United Sdn. Bhd.

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Kuantan Pahang Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

Adakah anda Anak Pahang yang mempunyai kelulusan SKM, Diploma, atau Ijazah Teknikal/Automotif


Program Jaminan Kerjaya tajaan penuh Yayasan Pahang di bawah kelolaan Interconnect United Sdn. Bhd. (ICUSB) membawakan pengambilan FASA PERTAMA (800 Kekosongan Utama) bagi penempatan kerjaya di Syarikat Pengeluar Automotif & EV Gergasi Global (OEM MNC) serta Rangkaian Rakan Industri Terkemuka (CHERY, EPMB, PRO-NET, Bermaz, DLL).



STRUKTUR PENDAPATAN & GAJI KASAR PERMULAAN:

SKM Level 3: Gaji Pokok RM1,800 + Elaun RM800 = Pendapatan Kasar RM2,600 / bulan + OT

DIPLOMA: Gaji Pokok RM2,800 + Elaun RM800 = Pendapatan Kasar RM3,600 / bulan + OT

DEGREE: Gaji Pokok RM3,400 + Elaun RM800 = Pendapatan Kasar RM3,600 / bulan + OT


FAEDAH PROGRAM & SYARIKAT:

TAJAAN PENUH LATIHAN: Yuran latihan & Ujian Pensijilan dibiayai penuh di bawah tajaan Yayasan Pahang (tiada cas bayaran dikenakan).

SOKONGAN PENGINAPAN: Kemudahan asrama transit disediakan bagi fasa latihan fizikal & sokongan penempatan awal di syarikat penempatan kerja. Yang memiliki pengalaman di bidang automotif akan ditawarkan jawatan/gaji yang setara dengan kemahiran dan pendidikan.

ELAUN KURSUS DISEDIAKAN: Perantis yang menamatkan latihan dengan jayanya akan menerima elaun kursus (RM300).

KESIHATAN & KEBAJIKAN: Insurans Perubatan (Medical Coverage & Hospitalization), EPF, SOCSO, Subsidi Makanan, Bonus Tahunan & Kenaikan Gaji.

LOKASI KERJA STRATEGIK: Fasa Pengeluaran Kompleks Baharu di Lembah Beringin (Selangor), Shah Alam, Tanjung Malim & Lembah Klang.


SYARAT KELAYAKAN UTAMA:

Program ini di bawah Tajaan Yayasan Pahang & keutamaan diberikan kepada pemohon dari Pahang / bersedia untuk mengikuti latihan di Pahang.

Mempunyai SKM 3 / Diploma / Ijazah dalam bidang Automotif, Kejuruteraan Elektrikal/Mekanikal, Autotronik, Mechatronics, atau berkaitan TVET.

BERSEDIA DAN BOLEH DITEMPATKAN BEKERJA di Selangor / KL / Tanjung Malim selepas tamat latihan.

Komited mengikuti latihan fizikal bermula 28 OKTOBER 2026 di Kuantan & Melaka.


LALUAN KERJAYA & JAWATAN DITAWARKAN:

• Juruteknik Diagnostik Voltan Tinggi / EV Battery Specialist

• Penyelia Servis & Aftersales Automotif

• Jurutera Sokongan Teknikal EV / Quality Inspector (QA/QC)

• Pelbagai kekosongan lain di jabatan pengurusan, operasi, penyelenggaraan, pengeluaran, logistic & kualiti.


Sila tekan 'APPLY / MOHON' di portal LinkedIn segera untuk penilaian/saringan oleh Team HR/ Talent Interconnect.

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut