- Jalan Burung Geruda Kuala Lumpur Federal Territory Malaysia
Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Tanggungjawab
Bertanggungjawab sebagai penghubung antara bengkel dan bahagian operasi bagi memastikan keperluan pembaikan kenderaan disampaikan dengan tepat. Jawatan ini memastikan segala urusan pembaikan direkodkan, dikemaskini dan disiapkan tepat pada masanya dengan mengekalkan kualiti dan kepuasan pelanggan.
TANGGUNGJAWAB KERJA
i. Menjana dan mengurus pesanan pembaikan (repair order) bagi semua kenderaan.
ii. Menjawab pertanyaan daripada bahagian operasi dan memberikan kemas kini status kenderaan atau bas.
iii. Menyemak ketepatan dan ketepatan masa pembukaan serta penutupan setiap pesanan pembaikan.
iv. Memastikan semua kenderaan melepasi pemeriksaan Kawalan Kualiti (QC) sebelum diserahkan serta mengelak daripada kerja ulangan (Come Back Job).
v. Memantau kemajuan kerja pembaikan supaya siap mengikut sasaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
vi. Berhubung dengan jabatan berkaitan bagi memastikan komunikasi dan aliran kerja berjalan lancar.
vii. Melaksanakan tugasan tambahan (ad-hoc) seperti diarahkan oleh Ketua Jabatan atau penyelia
KELAYAKAN
i. Minimum SPM atau kelayakan yang setaraf.
ii. Sekurang-kurangnya 1–2 tahun pengalaman dalam bidang servis automotif,
penyelarasan bengkel atau bidang berkaitan.
iii. Mempunyai kemahiran komunikasi dan hubungan interpersonal yang baik.
iv. Teliti, bertanggungjawab dan mampu bekerja dalam persekitaran pantas.
v. Pengetahuan asas tentang proses penyelenggaraan dan pembaikan
kenderaan adalah satu kelebihan.
vi. Mahir menggunakan Microsoft Office (Excel, Word).
vii. Boleh bekerja 6 hari seminggu dan bersedia bekerja lebih masa jika diperlukan.
Pay: RM2,200.00 - RM3,500.00 per month
Work Location: In person
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.