jobs in AZ Dyraa Facespa

Kerja HR - OPERATIONS ADMIN ASSISTANT (DYRAA FACESPA HQ), Gaji tinggi MYR 1,700 di AZ Dyraa Facespa Selangor - Maukerja

HR - OPERATIONS ADMIN ASSISTANT (DYRAA FACESPA HQ)

AZ Dyraa Facespa

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Jalan Banting-Semenyih Kajang Selangor Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

Dyraa Facespa sedang mencari calon yang bertanggungjawab, teliti dan teratur untuk membantu pihak pengurusan dalam urusan harian berkaitan HR, pentadbiran dan operasi cawangan.

Calon akan bekerja rapat dengan pihak pengurusan bagi memastikan semua laporan cawangan, dokumen staff dan tugasan pentadbiran disiapkan dengan lengkap dan mengikut masa yang ditetapkan.

SKOP KERJA

  • Memantau dan memastikan closing harian setiap cawangan lengkap setiap hari.
  • Menyemak dan memastikan perkara berikut dihantar dengan lengkap:

Laporan jualan

Resit

Laporan stok

Laporan atau dokumen lain yang diperlukan

  • Membuat susulan dengan Manager atau staff cawangan sekiranya laporan masih belum dihantar atau tidak lengkap.
  • Mengumpul dan menyediakan laporan bulanan untuk semakan pihak pengurusan.
  • Memastikan laporan berkaitan staff disediakan dan dihantar ke dalam group yang telah ditetapkan.
  • Menyediakan Surat Tawaran Kerja & Surat Amaran berdasarkan arahan dan template yang telah disediakan oleh syarikat.
  • Mengurus dan menyusun rekod serta filing dokumen staff, surat dan laporan cawangan.
  • Membantu pihak pengurusan dalam urusan HR, pentadbiran dan operasi apabila diperlukan.
  • Menjalankan tugasan lain yang berkaitan seperti diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

Kelayakan

  • Minimum Diploma atau kelayakan yang setaraf.
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang Pentadbiran, HR atau Operasi adalah satu kelebihan.
  • Fresh graduate yang mempunyai kemahiran pentadbiran yang baik digalakkan memohon.
  • Boleh menggunakan Microsoft Word, Microsoft Excel dan/atau Google Sheets.
  • Teliti dan mempunyai kemahiran pengurusan masa yang baik.
  • Boleh bekerja mengikut deadline yang ditetapkan.
  • Yakin untuk membuat follow up dengan Manager dan staff cawangan.
  • Boleh bekerja secara berdikari dengan pemantauan minimum.
  • Bertanggungjawab, berdisiplin dan cepat belajar.
  • Boleh menjaga kerahsiaan maklumat syarikat dan staff.

Ciri-ciri Calon Yang Dicari

Kami mencari individu yang:

  • Teratur dan sistematik
  • Cepat dan cekap dalam menyiapkan tugasan
  • Rajin membuat follow up
  • Teliti dalam menyemak dokumen dan laporan
  • Boleh mengurus banyak laporan daripada beberapa cawangan
  • Bertanggungjawab dan boleh dipercayai
  • Boleh bekerja tanpa perlu sentiasa diingatkan

Lokasi Kerja: KL/SELANGOR

Waktu Kerja: 9.30 AM - 6 PM

Kelebihan bekerja bersama DYRAA FACESPA :

  • Gaji: RM1,700 – RM3,000++
  • Gaji bergantung kepada pengalaman dan kesesuaian calon.

(Basic + elaun makan)

  • KWSP, SOCSO dan EIS
  • Cuti tahunan
  • Cuti sakit
  • Kemudahan bekerja dari rumah pada hari tertentu

Sila WhatsApp & hantar resume kepada CIK HR: +60 ************* 9310
(Strictly no call)

Kemasukan segera. Apply now!

Pay: From RM1,700.00 per month

Benefits:

  • Flexible schedule

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut