jobs in Perspective Kitchen & Interior

Kerja Sepenuh Masa JAWATAN KOSONG: INTERIOR DESIGNER, Gaji tinggi MYR 3,000 di Perspective Kitchen & Interior Kelantan - Maukerja

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Kota Bharu Kelantan Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

Kami sedang mencari seorang Interior Designer yang kreatif, berdisiplin dan bersemangat untuk menyertai pasukan kami. Calon yang berjaya akan terlibat dalam proses reka bentuk, pembangunan konsep, penyediaan lukisan teknikal serta pemantauan projek bagi memastikan hasil kerja memenuhi kehendak pelanggan dan standard syarikat.

Tanggungjawab Utama

  • Berurusan dengan pelanggan untuk memahami keperluan dan kehendak reka bentuk.
  • Menyediakan konsep reka bentuk dalaman yang kreatif dan praktikal.
  • Menyediakan lukisan 2D, 3D rendering dan presentation board.
  • Membuat ukuran tapak (site measurement) dan lawatan tapak projek.
  • Menyediakan lukisan kerja (working drawing) untuk proses produksi dan pemasangan.
  • Berkoordinasi dengan pasukan jualan, produksi dan kontraktor bagi memastikan projek berjalan lancar.
  • Memastikan reka bentuk mematuhi bajet, spesifikasi dan tempoh masa yang ditetapkan.
  • Mengurus dan memantau kemajuan projek sehingga siap.

Kelayakan

  • Diploma atau Ijazah dalam Interior Design, Architecture atau bidang berkaitan.
  • Berpengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang berkaitan (Fresh Graduate digalakkan memohon).
  • Mahir menggunakan AutoCAD, SketchUp, V-Ray, Lumion atau perisian reka bentuk yang berkaitan.
  • Kreatif, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan mampu bekerja secara berkumpulan.
  • Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri adalah satu kelebihan.

Faedah

  • Gaji asas yang kompetitif.
  • Elaun perjalanan (tertakluk kepada syarikat).
  • Bonus prestasi.
  • Peluang kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya.
  • Latihan dan pembangunan kemahiran.
  • Suasana kerja yang profesional dan mesra.

Waktu Bekerja

  • Sabtu – Khamis : 9.00 pagi – 5.30 petang
  • Jumaat : Cuti

Cara Memohon

Calon yang berminat boleh menghantar:

  • Resume terkini
  • Portfolio hasil kerja

Sertai kami dan bina kerjaya bersama syarikat yang mempunyai kilang sendiri serta terlibat dalam projek kabinet dan renovasi kediaman serta komersial di seluruh Malaysia.

Pay: RM2,000.00 - RM3,000.00 per month

Benefits:

  • Free parking
  • Maternity leave
  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut