jobs in BOON HUA MOTOR SDN BHD

Kerja Sepenuh Masa Mechanic Yamaha Service Center - Putrajaya, Gaji tinggi MYR 2,500 di BOON HUA MOTOR SDN BHD Federal Territory - Maukerja

Mechanic Yamaha Service Center - Putrajaya

Putrajaya, Federal Territory

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Putrajaya Federal Territory Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

DESKRIPSI KERJA

Boon Hua Motor Sdn. Bhd. sedang mencari Motorcycle Mechanic (Motorcycle Service Centre) yang berkemahiran, bertanggungjawab dan mempunyai sikap positif untuk menyertai pasukan kami. Calon bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja servis, penyelenggaraan, pemeriksaan, diagnosis dan pembaikan motosikal serta memastikan setiap motosikal yang diservis berada dalam keadaan selamat dan memenuhi standard kualiti syarikat.

Tanggungjawab:

  • Menjalankan servis berkala motosikal mengikut jadual penyelenggaraan dan prosedur yang ditetapkan.
  • Melakukan pemeriksaan, diagnosis dan troubleshooting terhadap masalah mekanikal, elektrikal dan sistem motosikal.
  • Menjalankan kerja-kerja pembaikan dan penggantian komponen motosikal dengan betul dan mengikut standard pengeluar.
  • Menggunakan peralatan bengkel dan alat diagnosis dengan betul dan selamat.
  • Menjalankan pemeriksaan motosikal sebelum dan selepas servis bagi memastikan semua masalah telah dikenal pasti dan diselesaikan.
  • Melaksanakan Quality Control (QC) selepas kerja pembaikan atau servis bagi memastikan motosikal berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum diserahkan kepada pelanggan.
  • Menjalankan road test apabila diperlukan bagi memastikan prestasi dan fungsi motosikal berada dalam keadaan baik.
  • Membantu mengenal pasti punca masalah berdasarkan aduan pelanggan dan hasil pemeriksaan motosikal.
  • Memastikan penggunaan spare parts, minyak pelincir dan bahan-bahan servis adalah mengikut keperluan serta prosedur syarikat.
  • Membantu menjalankan kerja-kerja warranty repair dan warranty inspection mengikut prosedur yang ditetapkan.
  • Memastikan semua peralatan dan tools yang digunakan berada dalam keadaan baik, lengkap dan disimpan dengan teratur selepas digunakan.
  • Memastikan kawasan kerja (workshop) sentiasa bersih, selamat dan teratur.
  • Menjaga motosikal pelanggan dengan baik sepanjang berada di dalam kawasan workshop.
  • Mematuhi semua prosedur keselamatan, SOP syarikat dan arahan kerja yang ditetapkan.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan operasi workshop seperti yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.

Kelayakan:

  • Minimum SPM / SKM atau setaraf.
  • Mempunyai pengetahuan asas dalam mekanikal dan sistem motosikal.
  • Mempunyai pengalaman sebagai Motorcycle Mechanic / Technician merupakan satu kelebihan.
  • Calon tanpa pengalaman tetapi mempunyai minat dalam bidang mekanikal juga boleh dipertimbangkan.
  • Mampu melakukan kerja-kerja fizikal dan bekerja dalam persekitaran workshop.
  • Bertanggungjawab, jujur, rajin dan berdisiplin.
  • Mempunyai sikap positif dan boleh bekerja dalam pasukan.
  • Mempunyai kemahiran troubleshooting dan minat untuk belajar.
  • Menepati masa serta mempunyai rekod kehadiran yang baik.
  • Boleh bekerja 6 hari seminggu.
  • Mempunyai lesen motosikal yang sah merupakan satu kelebihan.

Faedah:

  • EPF & SOCSO
  • Cuti Tahunan & Cuti Sakit
  • Latihan teknikal disediakan
  • Peluang meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang motosikal
  • Persekitaran kerja yang mesra
  • Peluang untuk mendapatkan pengalaman dalam servis dan pembaikan pelbagai model motosikal.

Job Type: Full-time

Pay: RM1,800.00 - RM2,500.00 per month

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut