jobs in Masma Fire Engineering

Kerja Sepenuh Masa, Juruteknik Pemadam Api di Masma Fire Engineering Selangor - Maukerja

Juruteknik Pemadam Api

Masma Fire Engineering

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Banting Selangor Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

  • Menjalankan kerja servis, pemeriksaan dan pengisian semula alat pemadam api.
  • Melakukan kerja membuka (dismantling), membersihkan, menimbang dan memasang semula alat pemadam api.
  • Menjalankan pemeriksaan asas terhadap keadaan silinder dan komponen alat pemadam api.
  • Memasang dan menggantikan alat pemadam api di premis pelanggan.
  • Membantu kerja penghantaran dan pengambilan alat pemadam api.
  • Melengkapkan rekod servis dan dokumentasi berkaitan.
  • Mematuhi prosedur keselamatan dan arahan kerja syarikat.
  • Menjalankan tugas-tugas lain berkaitan perkhidmatan perlindungan kebakaran apabila diperlukan.
  • Memberi khidmat nasihat asas kepada pelanggan berkaitan keselamatan kebakaran

Syarat Kelayakan

  • Minimum SPM atau kelayakan yang setaraf.
  • Pengalaman dalam servis alat pemadam api atau bidang perlindungan kebakaran merupakan satu kelebihan.
  • Bersedia untuk belajar dan mengikuti latihan yang berkaitan.
  • Sanggup bekerja di premis pelanggan dan melakukan perjalanan kerja apabila diperlukan.
  • Sihat dan mampu melakukan kerja secara praktikal/hands-on.
  • Bertanggungjawab, menepati masa dan boleh bekerja secara individu atau berkumpulan.
  • Mempunyai lesen memandu yang sah merupakan satu kelebihan.

Faedah

  • Latihan kerja akan disediakan.
  • Peluang mempelajari kemahiran dalam bidang perlindungan kebakaran.
  • Peluang perkembangan kerjaya.
  • Gaji berdasarkan pengalaman dan kelayakan.

Pay: RM1,800.00 - RM3,500.00 per hour

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut