jobs in POLPERRO GROUP SDN BHD

Kerja Sepenuh Masa, CHEF EXECUTIVE di POLPERRO GROUP SDN BHD Selangor - Maukerja

Bandar Bukit Raja, Selangor

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Bandar Bukit Raja Selangor Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

  • Bertanggungjawab merancang, menyelia dan mengurus keseluruhan operasi dapur bagi memastikan kelancaran operasi harian.
  • Merancang serta membangunkan menu baharu mengikut standard, kos makanan (food cost) dan kehendak syarikat.
  • Memastikan setiap hidangan disediakan mengikut resipi, standard kualiti, rasa dan persembahan yang telah ditetapkan.
  • Memantau penggunaan bahan mentah serta memastikan kawalan stok, pembaziran dan food cost berada pada tahap yang ditetapkan.
  • Menyelia proses pembelian bahan mentah serta memastikan kualiti bahan yang diterima memenuhi spesifikasi syarikat.
  • Memastikan pematuhan terhadap SOP dapur, HACCP, kebersihan, keselamatan makanan dan peraturan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Mengurus, melatih, membimbing dan menilai prestasi semua kakitangan dapur bagi meningkatkan kemahiran dan produktiviti.
  • Menyediakan jadual kerja (roster), pembahagian tugasan serta memastikan tenaga kerja mencukupi mengikut keperluan operasi.
  • Menjalankan audit dapur, pemeriksaan kebersihan dan memastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik.
  • Menganalisis laporan jualan, penggunaan bahan mentah dan prestasi dapur untuk penambahbaikan operasi.
  • Bekerjasama dengan jabatan Purchasing, Operation, Marketing dan QA bagi memastikan operasi berjalan lancar.
  • Menyelesaikan isu berkaitan operasi dapur, aduan pelanggan dan mengambil tindakan pembetulan dengan segera.
  • Memastikan inventori dan stock take dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Mengawal bajet dapur serta memastikan sasaran keuntungan dan KPI syarikat dicapai.
  • Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak Pengurusan dari semasa ke semasa.

Kelayakan

  • Diploma atau Ijazah dalam bidang Kulinari, Hospitaliti atau bidang berkaitan (diutamakan).
  • Pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam operasi dapur dan 2–3 tahun di peringkat pengurusan.
  • Mempunyai kemahiran dalam pengurusan food cost, inventory, menu engineering dan pengurusan pasukan.
  • Mahir dalam penyediaan SOP dapur, HACCP dan Food Safety.
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan, komunikasi dan penyelesaian masalah yang baik.

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut