jobs in Redmedia Consultancy Services

Kerja Sepenuh Masa Service Technician, Gaji tinggi MYR 2,500 di Redmedia Consultancy Services Selangor - Maukerja

Service Technician

Redmedia Consultancy Services

Ara Damansara, Selangor

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Ara Damansara Selangor Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

  • Melaksanakan kerja-kerja pemasangan, pemeriksaan, pengujian, servis, penyelenggaraan dan pembaikan peralatan serta sistem perlindungan kebakaran di premis pelanggan.
  • Sistem penggera kebakaran (Fire Alarm System)
  • Sistem sprinkler
  • Sistem hydrant
  • Sistem hose reel
  • Alat pemadam api
  • Sistem pemadaman kebakaran (Fire Suppression System)
  • Sistem pengesanan asap dan peralatan berkaitan.
  • Menjawab pertanyaan pelanggan berkaitan masalah teknikal, servis, penyelenggaraan dan keadaan peralatan perlindungan kebakaran.
  • Menerima dan menyelaras tugasan / job order bersama pasukan servis serta memastikan kerja-kerja disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  • Menjalankan pemeriksaan dan pengujian peralatan perlindungan kebakaran serta memastikan keadaan dan keputusan pemeriksaan direkodkan dengan tepat.
  • Mengenal pasti peralatan yang rosak, tidak berfungsi atau mempunyai masalah teknikal dan melaporkan kepada Ketua Jabatan / Penyelia Servis.
  • Mengambil gambar dan/atau video berkaitan keadaan peralatan, kerosakan, lokasi kerja dan kerja-kerja yang telah disiapkan sebagai rekod dan sokongan laporan servis.
  • Menyediakan dan menyerahkan Laporan Servis, Laporan Pemeriksaan, rekod pengujian dan dokumen berkaitan selepas kerja selesai.
  • Membantu Ketua Jabatan / Penyelia Servis dalam kerja-kerja troubleshooting, pembaikan dan pembetulan sistem perlindungan kebakaran di premis pelanggan.
  • Memastikan semua kerja dilaksanakan mengikut prosedur syarikat, keperluan keselamatan, arahan penyelia dan keperluan pelanggan.
  • Menjaga dan memastikan peralatan kerja, perkakas, bahan serta aset syarikat digunakan dan disimpan dengan baik.
  • Melaksanakan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan operasi teknikal dan servis sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Jabatan / Penyelia Servis dari semasa ke semasa.

SYARAT DAN KELAYAKAN

  • Berumur antara 19 hingga 35 tahun.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan SPM / SKV Tahap 1 atau setaraf.
  • Mempunyai pengalaman atau pengetahuan asas dalam bidang Elektrikal, Elektronik, Mekanikal, Perlindungan Kebakaran atau bidang berkaitan adalah satu kelebihan.
  • Mempunyai motosikal sendiri dan lesen memandu B2 dan D yang sah.
  • Bersedia untuk bekerja di premis pelanggan dan melakukan perjalanan ke lokasi kerja yang berbeza.
  • Bersedia menjalankan kerja-kerja lapangan termasuk kerja di tempat tinggi dengan mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan.
  • Berdisiplin, bertanggungjawab, menepati masa dan mempunyai rekod kehadiran yang baik.
  • Boleh menerima dan melaksanakan arahan daripada Ketua Jabatan / Penyelia dengan baik.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta boleh berurusan dengan pelanggan secara profesional.
  • Boleh bekerja secara individu dan dalam pasukan.
  • Bersedia untuk mempelajari kemahiran teknikal baharu dan menghadiri latihan yang berkaitan.

Job Type: Full-time

Pay: RM1,800.00 - RM2,500.00 per month

Benefits:

  • Cell phone reimbursement
  • Company car
  • Free parking
  • Health insurance
  • Meal allowance
  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Education:

  • STM/STPM (Preferred)

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut