jobs in BRILLIANT HEALTHCARE SDN BHD

Kerja Sepenuh Masa PEGAWAI AKAUN, Gaji tinggi MYR 3,000 di BRILLIANT HEALTHCARE SDN BHD Federal Territory - Maukerja

PEGAWAI AKAUN

BRILLIANT HEALTHCARE SDN BHD

MYR2,000 - MYR3,000 Sebulan

KL City, Federal Territory

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Kuala Lumpur Federal Territory Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

ACCOUNT OFFICER/PEGAWAI AKAUN
GAJI: RM 2,000 - RM 3,000
LOKASI: BRILLIANT WORLD HOLDINGS, MELATI UTAMA, KUALA LUMPUR
JAM BEKERJA: 8:00 AM - 6:00 PM

JOB SCOPE:
1. Menyemak laporan kewangan bulanan dan tahunan bagi memastikan ketepatan dan kelengkapan sebelum diserahkan.
2. Menyediakan laporan kewangan, analisis serta unjuran kewangan bagi menyokong pembuatan keputusan pengurusan.
3. Membantu menyediakan bajet, memantau aliran tunai dan mengawal perbelanjaan syarikat.
4. Memastikan pematuhan terhadap polisi kewangan syarikat, keperluan audit dan peraturan berkanun.
5. Berurusan dengan juruaudit, bank dan pihak berkuasa berkaitan bagi hal ehwal kewangan syarikat.
6. Menyelia gerak kerja kakitangan kewangan serta membantu Ketua Pegawai Akaun dalam memastikan operasi perakaunan berjalan lancar.
7. Melaksanakan tugasan lain yang berkaitan seperti diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

KELAYAKAN:
1. Minimum Diploma atau Ijazah dalam Perakaunan, Kewangan atau bidang berkaitan.
2. Mempunyai sekurang-kurangnya 3–5 tahun pengalaman dalam bidang perakaunan.
3. WAJIB mempunyai pengalaman mengendalikan akaun penuh (full set accounts) secara berdikari.
4. Mempunyai pengetahuan yang baik mengenai prinsip perakaunan, pelaporan kewangan dan penyimpanan rekod perakaunan.
5. Mahir menggunakan perisian perakaunan dan Microsoft Excel.
6. Mampu bekerja secara berdikari dengan penyeliaan yang minimum serta menyiapkan tugasan mengikut tempoh yang ditetapkan.
7. Seorang yang teliti, bertanggungjawab dan komited dalam memastikan ketepatan kerja.
8. Calon yang tidak mempunyai pengalaman berkaitan bidang perakaunan tidak akan dipertimbangkan.

BENEFITS:
Faedah Kerjaya & Pembangunan Profesional
a. Gaji kompetitif mengikut kelayakan & pengalaman
b. Peluang kenaikan pangkat & pembangunan kerjaya
c. Kenaikan gaji tahunan
d. Elaun Makanan, Parking, Perjalanan & Prestasi
e. Berpeluang menyertai program pembangunan kerjaya

Faedah Kesihatan & Kebajikan Pekerja dan Keluarga
a. Elaun Perubatan
b. Faedah perubatan termasuk keluarga di semua cawangan Klinik Daddy
c. Surau & bilik rehat wanita yang selesa
d. Bantuan persekolahan anak staf
e. Diskaun pendidikan untuk anak kakitangan di MTSFAZ

Aktiviti & Ganjaran
a. Makan malam tahunan & jamuan raya
b. Team building
c. Aktiviti sukan & rekreasi
d. Pakaian korporat disediakan

Kemudahan & Lokasi
a. Lokasi pejabat strategik: Berhadapan KL East Mall, berhampiran BSN, klinik, kedai serbaneka & lif

Faedah Lain
a. Cuti tahunan & cuti sakit
b. Cuti Umrah untuk staf tetap
c. Caruman KWSP, SOCSO & SIP

CARA MEMOHON:
Hantar resume & portfolio anda ke:
Email: *************
WhatsApp: +*************

Pay: RM2,000.00 - RM3,000.00 per month

Benefits:

  • Health insurance
  • Meal allowance
  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut