Petugas Perkhidmatan Pesakit (PROTÉGÉ)
Patient Service Department (PSD)
Ringkasan Jawatan
Bertanggungjawab membantu menghantar dan menghidangkan makanan kepada pesakit mengikut wad serta jadual yang ditetapkan. Turut bertanggungjawab mengutip semula troli makanan selepas waktu sajian serta memastikan troli dan peralatan dikendalikan dengan bersih dan selamat.
Tanggungjawab:
- Mengambil troli makanan dari Jabatan Dietetik dan Sajian.
- Menolak dan menghantar troli makanan ke wad mengikut laluan serta jadual yang ditetapkan.
- Menghidangkan dan menyerahkan tray makanan kepada pesakit berdasarkan nama, nombor katil dan wad.
- Memastikan makanan diberikan kepada pesakit yang betul.
- Memastikan tray makanan lengkap dan berada dalam keadaan baik sebelum diserahkan.
- Berkomunikasi dengan sopan dan mesra ketika berurusan dengan pesakit serta kakitangan wad.
- Mengutip semula tray dan troli makanan selepas waktu makan.
- Menghantar semula troli dan peralatan ke Jabatan Dietetik dan Sajian.
- Memastikan troli makanan sentiasa bersih, kemas dan selamat digunakan.
- Melaporkan makanan yang tidak diterima, tray yang tidak lengkap atau sebarang masalah kepada pegawai bertugas.
- Mengamalkan kebersihan diri serta mematuhi pemakaian uniform dan alat pelindung diri yang ditetapkan.
- Mematuhi SOP hospital, keselamatan makanan, kawalan jangkitan dan keselamatan tempat kerja.
- Mengikuti latihan dan program pembangunan yang ditetapkan di bawah Program PROTÉGÉ.
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan.
Pay: From RM2,000.00 per month
Benefits:
Work Location: In person