- Johor Bahru Johor Malaysia
Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Tanggungjawab
LOKASI: JOHOR SPECIAL WATER (GELANG PATAH)
DISKRIPSI TUGAS
1. Mematuhi polisi korporat dan prosedur teknikal.
2. Menegakkan nilai teras syarikat iaitu kerajaan dan rakyat adalah keutamaan kami, perkongsian dan kerjasama adalah kunci kejayaan kami, kami professional dan bertindak dengan integriti, agama adalah prinsip membimbing kami dan kakitangan kami adalah kekuatan kami.
3. Menunjukkan konsisten tingkah laku dengan kod etika dan tingkah laku syarikat.
4. Memastikan laporan langsung dilatih dan dinilai berdasarkan pengetahuan dan kepatuhan mereka terhadap nilai dan kod etika syarikat.
5. Tingkah laku dan dasar pematuhan yang terpakai.
6. Melaksanakan tugas lain seperti yang diperlukan.
TUGAS KHUSUS
1. Menguruskan stok bekalan alat tulis, peralatan pejabat, perabot pejabat dan barangan pantri.
2. Menyelaraskan pengurusan pesanan pembelian dengan merujuk kepada bajet JSW.
3. Merancang keperluan bekalan alat tulis dan peralatan pejabat seperti komputer riba dan perkakasan komputer lain.
4. Menguruskan urusan penyewaan pejabat melalui Jabatan Pentadbiran di JSW.
5. Menyelesaikan sebarang aduan kerosakan pejabat.
6. Memastikan kenderaan sewa syarikat diselenggara mengikut masa yang ditetapkan.
7. Memantau pergerakan kenderaan serta memastikan kunci kenderaan, kad minyak diuruskan dan disimpan di tempat yang selamat.
8. Menguruskan penggunaan bilik mesyuarat serta menempah makanan dan minuman jika perlu.
9. Menguruskan pembayaran bil-bil dan invois bulanan secara rutin kepada Jabatan Kewangan Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd (PDT).
10. Bertanggungjawab sebagai wakil yang menguruskan hal berkaitan Sumber Manusia syarikat.
11. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif JSW dari semasa ke semasa.
KELAYAKAN DAN TARAF PENDIDIKAN
1) Diploma / Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pentadbiran / Sumber Manusia / Pengurusan Pejabat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
2) Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun di dalam bidang berkaitan.
KEMAHIRAN
1) Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis;
2) Mahir di dalam penggunaan Microsoft Office 365 dan sebagainya;
3) Mempunyai pengetahuan asas dalam menyediakan surat atau memo, pengurusan pejabat, pentadbiran dan sumber manusia.
Job Types: Full-time, Fresh graduate
Pay: RM2,000.00 per month
Benefits:
Work Location: In person
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.