JAWATAN KOSONG – JUNIOR HUMAN RESOURCES & ADMIN
Syarikat: Roma Food Industry Sdn. Bhd.
Lokasi: Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu
Jenis Pekerjaan: Sepenuh Masa
Roma Food Industry Sdn. Bhd. sedang mencari individu yang teliti, bertanggungjawab, berintegriti dan berminat untuk membina kerjaya dalam bidang Sumber Manusia bagi menyertai pasukan kami sebagai Junior Human Resources & Admin.
Calon yang berjaya akan terlibat secara hands-on dalam operasi HR harian syarikat merangkumi recruitment, onboarding, dokumentasi, payroll, attendance, leave management, performance appraisal, employee relations, statutory compliance, licensing dan pentadbiran syarikat.
TANGGUNGJAWAB UTAMA
1. Recruitment, Interview & Onboarding
- Menyediakan dan mengiklankan kekosongan jawatan melalui platform berkaitan.
- Menyaring resume dan mengenal pasti calon yang sesuai.
- Menyelaras dan menjalankan sesi temuduga calon bersama Operation Manager.
- Menyediakan Offer Letter, Confirmation Letter, dan dokumen berkaitan pelantikan.
- Mengurus proses stamping perjanjian pekerjaan melalui LHDN.
- Mengurus onboarding staf baharu termasuk orientasi, penerangan polisi dan pendaftaran ke dalam sistem syarikat.
- Menyelaras pendaftaran dan penyediaan PPE, latihan asas serta keperluan sebelum staf mula bertugas.
2. Employee Records & HR Dashboard
- Menyelenggara dan mengemas kini fail peribadi pekerja secara sistematik dan sulit.
- Mengemas kini employee profile, status pekerjaan, kontrak, probation dan rekod berkaitan.
- Mengemas kini HR Dashboard
- Memantau tarikh tamat kontrak, pengesahan jawatan dan perkara berkaitan employee lifecycle.
3. Payroll, Advance & Annual Payroll Records
- Membantu menyediakan dan menyemak payroll bulanan.
- Mengurus data kehadiran, OT, elaun, potongan dan maklumat berkaitan penggajian.
- Membantu mengurus salary advance / advance pekerja dan rekod berkaitan.
- Menyediakan serta menyelenggara rekod penggajian tahunan.
- Membantu menyediakan laporan payroll dan dokumen berkaitan caruman.
- Membantu penyediaan EA Form
4. Attendance, Leave & Performance Management
- Memantau kehadiran, ketepatan masa dan rekod kerja pekerja.
- Mengurus permohonan serta rekod cuti / leave management.
- Mengemas kini baki cuti dan rekod berkaitan.
- Membantu menyelaras performance appraisal / penilaian prestasi pekerja.
- Membantu mengurus rekod performance evaluation mengikut keperluan syarikat.
5. HR Documentation & Employee Relations
- Menyediakan surat rasmi, memo, notis dan dokumen HR.
- Menyediakan dokumen berkaitan disiplin seperti surat tunjuk sebab, surat amaran dan dokumen tindakan tatatertib.
- Mengurus dokumentasi berkaitan resignation, acceptance of resignation, termination, confirmation dan contract renewal.
- Menyediakan memo berkaitan aktiviti syarikat, event, cuti umum, peringatan staf dan komunikasi dalaman.
- Membantu menyediakan laporan HR apabila diperlukan.
- Menjaga kerahsiaan semua maklumat pekerja dan syarikat.
6. Statutory & Compliance
- Membantu urusan berkaitan KWSP, PERKESO, SIP, dan HRD Corp.
- Membantu menyediakan dokumen untuk audit, semakan atau pemeriksaan pihak berkuasa.
- Membantu pembangunan atau penambahbaikan SOP apabila diperlukan bagi memastikan proses kerja lebih teratur dan konsisten.
7. Training & Food Handler Compliance
- Membantu urusan Sijil Latihan Pengendali Makanan, suntikan anti-tifoid dan Kad Pengendali Makanan.
- Membantu memastikan rekod latihan dan pematuhan staf sentiasa sah dan dikemas kini.
8. Company Licensing & Administrative Compliance
- Membantu urusan pembaharuan dan pemantauan dokumen syarikat termasuk:
a. SSM
b. FOSIM
c. Kenderaan syarikat
d. Permit Barang Kawalan KPDN
e. Lesen MBKT / PBT
f. Lesen atau permit operasi lain yang berkaitan
- Memantau tarikh tamat lesen, permit dan dokumen penting syarikat bagi memastikan pembaharuan dibuat dalam tempoh ditetapkan.
9. General HR & Administration
- Memberi sokongan kepada pihak pengurusan dalam urusan HR dan pentadbiran.
- Melaksanakan tugasan HR dan pentadbiran lain yang berkaitan mengikut keperluan semasa syarikat.
KELAYAKAN
- Minimum Diploma / Ijazah dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan, Business Administration, Psikologi Industri atau bidang berkaitan.
- Pengalaman dalam HR atau pentadbiran adalah satu kelebihan.
- Mempunyai pengetahuan asas dalam recruitment, payroll, attendance, leave management, documentation dan employee relations.
- Mempunyai pengetahuan asas Akta Kerja 1955 adalah satu kelebihan.
- Mahir menggunakan Microsoft Word, Excel, Google Sheets dan e-mel.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan penulisan yang baik.
- Teliti, sistematik, berdisiplin dan menepati masa.
- Berintegriti tinggi serta mampu menjaga kerahsiaan maklumat.
- Boleh bekerja secara berdikari dengan pengawasan minimum dan dalam pasukan.
- Fast learner, proactive dan bersedia mempelajari skop HR, compliance serta pentadbiran baharu.
Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per month
Benefits:
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
- Parental leave
- Professional development
Work Location: In person