MK FOODIE SDN. BHD.
DESKRIPSI TUGAS JAWATAN: ADMIN / PENTADBIRAN
Bahagian: Pentadbiran & Operasi
Lapor Kepada: Pengurus / Pengarah Syarikat
SKOP TUGAS & TANGGUNGJAWAB
- Mengurus, menyusun dan memastikan semua dokumen, fail, surat-menyurat serta rekod syarikat disimpan dengan teratur dan dikemas kini.
- Menyediakan surat rasmi, memo, notis, quotation, invois serta dokumen pentadbiran lain mengikut keperluan syarikat.
- Merekod dan menyemak jualan harian, penerimaan tunai, pembayaran QR/kad, perbelanjaan serta petty cash syarikat.
- Menyusun resit, invois pembekal, Delivery Order (DO), bukti pembayaran serta menyediakan dokumen yang diperlukan untuk urusan akaun.
- Mengurus rekod pekerja termasuk kehadiran, cuti, MC, kerja lebih masa (OT), pengiraan gaji serta dokumen berkaitan KWSP, PERKESO/SOCSO dan EIS.
- Membantu urusan pengambilan pekerja baharu serta menyediakan dokumen seperti surat tawaran kerja, surat pengesahan dan surat amaran apabila diperlukan.
- Berhubung dengan pembekal, mengurus pesanan barang, memantau pembelian serta membantu memastikan rekod stok dan keperluan operasi sentiasa terkawal.
- Membantu mengurus platform jualan dan penghantaran makanan, tempahan pelanggan serta pertanyaan melalui telefon, WhatsApp atau saluran komunikasi syarikat.
- Membantu mengurus pembaharuan lesen, permit, insurans serta dokumen berkaitan operasi syarikat.
- Menyediakan laporan jualan, perbelanjaan, pembelian, stok, kehadiran pekerja dan laporan pentadbiran lain apabila diminta oleh pihak pengurusan.
- Menjaga kerahsiaan semua maklumat syarikat termasuk maklumat kewangan, jualan, pekerja, gaji, pembekal dan dokumen dalaman syarikat.
- Menjalankan apa-apa tugas pentadbiran dan operasi lain yang munasabah sebagaimana diarahkan oleh Pengurus atau Pengarah dari semasa ke semasa.
KELAYAKAN & KEMAHIRAN
- Minimum SPM atau kelayakan yang setaraf.
- Mempunyai sedikit pengalaman dalam bidang pentadbiran, kerani, akaun asas atau pekerjaan berkaitan.
- Pengalaman dalam industri F&B adalah satu kelebihan.
- Mempunyai pengetahuan asas Microsoft Word, Excel, e-mel dan penggunaan komputer.
- Boleh membuat rekod serta pengiraan asas dengan tepat.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan pengurusan masa yang baik.
- Amanah, jujur, teliti, berdisiplin dan bertanggungjawab.
- Boleh bekerja secara sendiri atau dalam pasukan serta bersedia menerima arahan pihak pengurusan.
Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per month
Benefits:
- Additional leave
- Meal provided
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person