jobs in TAIKUN TYRE AUTO CARE SDN BHD

Kerja Sepenuh Masa ADMIN MANAGER, Gaji tinggi MYR 3,500 di TAIKUN TYRE AUTO CARE SDN BHD Melaka - Maukerja

Lokasi Kerja

  • Melaka Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

Taikun Tyre Auto Care Sdn. Bhd. sedang mencari seorang Admin Manager yang teratur, proaktif, teliti dan mempunyai kebolehan yang baik dalam mengurus pentadbiran, staf serta penyelarasan kerja antara jabatan.

Jawatan ini akan bekerja rapat dengan pihak pengurusan atasan bagi memastikan operasi pentadbiran, dokumentasi, laporan serta tindakan susulan syarikat berjalan dengan lancar dan sistematik.

Tanggungjawab Utama

  • Mengurus dan memantau keseluruhan operasi pentadbiran pejabat.
  • Menyelaras tindakan susulan antara Operasi, HR, Finance, Marketing, Inventory dan cawangan.
  • Menyemak laporan jualan harian, mingguan dan bulanan serta memantau sales, jumlah pelanggan, collection, outstanding dan indikator prestasi berkaitan.
  • Berhubung dengan pelanggan, pembekal, vendor, bank, auditor, agensi kerajaan dan pihak luar bagi urusan pentadbiran apabila diperlukan.
  • Membantu memantau operasi cawangan dan memastikan isu, dokumen serta tindakan susulan diselesaikan.
  • Membantu projek khas seperti pembukaan cawangan, program korporat, kerjasama strategik dan urusan pembangunan perniagaan.
  • Melaksanakan tugasan lain yang munasabah mengikut keperluan operasi dan arahan pihak pengurusan.

Kelayakan

  • Mampu mengendalikan beberapa tugasan dan deadline dalam satu masa.
  • Boleh bekerja secara berdikari serta bekerjasama dengan pelbagai jabatan.
  • Pengalaman menggunakan ePerolehan / tender kerajaan merupakan satu kelebihan.
  • Mempunyai pengalaman dalam bidangAdministration, Management atau Operations adalah satu kelebihan.

Kelebihan

  • Latihan disediakan
  • Suasana kerja berpasukan
  • Peluang perkembangan kerjaya
  • Peluang menimba pengalaman dalam industri automotif

Pay: RM3,000.00 - RM3,500.00 per month

Benefits:

  • Free parking
  • Professional development

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut