jobs in Al-Fateh Integrated Sdn. Bhd.

Kerja Sepenuh Masa Admin Assistant, Gaji tinggi MYR 1,700 di Al-Fateh Integrated Sdn. Bhd. Negeri Sembilan - Maukerja

Admin Assistant

Al-Fateh Integrated Sdn. Bhd.

MYR1,700 - MYR1,700 Sebulan

Seremban 2, Negeri Sembilan

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Seremban 2 Negeri Sembilan Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

Ringkasan Jawatan

Kami sedang mencari seorang "Admin Assistant" yang teratur, bertanggungjawab, teliti dan proaktif untuk membantu menguruskan urusan pentadbiran serta operasi harian syarikat.

Calon yang sesuai mestilah mempunyai sikap kerja yang baik, boleh mengikuti arahan, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan mampu menguruskan tugasan dengan teratur.

Skop Kerja Utama

  • Membantu menguruskan urusan pentadbiran harian termasuk dokumentasi, rekod, surat-menyurat dan filing.
  • Membantu menyediakan, menyusun dan menyimpan dokumen serta rekod syarikat dengan teratur.
  • Membantu menguruskan bil, utiliti dan keperluan pejabat seperti elektrik, air, internet dan telefon syarikat.
  • Membantu membuat pembelian keperluan pejabat dan operasi apabila diperlukan.
  • Membantu menguruskan urusan dengan PBT, agensi kerajaan dan pihak berkaitan, termasuk penghantaran dokumen, pembaharuan lesen/permit dan urusan rasmi.
  • Menjalankan tugasan luar pejabat seperti menghantar atau mengambil dokumen, pembelian dan urusan rasmi syarikat apabila diperlukan.
  • Membantu memantau fasiliti, peralatan dan keperluan pejabat serta melaporkan sebarang kerosakan atau masalah kepada pihak berkaitan.
  • Membantu menyediakan laporan, rekod dan dokumen yang diperlukan oleh pihak pengurusan.
  • Membantu memastikan keperluan pentadbiran dan operasi harian pejabat berjalan dengan lancar.
  • Melaksanakan tugasan lain yang berkaitan dengan pentadbiran dan operasi dari semasa ke semasa mengikut arahan pihak pengurusan.

Kelayakan & Keperluan

  • Minimum Diploma/ Degree dalam Pentadbiran, Pengurusan Pejabat, Perniagaan atau bidang berkaitan.
  • Pengalaman dalam bidang pentadbiran / pejabat adalah satu kelebihan.
  • Fresh graduate dialu-alukan untuk memohon.
  • Mempunyai kemahiran asas Microsoft Office.
  • Teliti, teratur, bertanggungjawab dan mempunyai sikap kerja yang baik.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.
  • Boleh bekerja secara individu dan dalam pasukan.
  • Mampu menguruskan tugasan mengikut keutamaan dan tempoh yang ditetapkan.
  • Bersedia melakukan tugasan luar pejabat apabila diperlukan.
  • Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri adalah satu kelebihan.

Kami Mencari Individu Yang

Rajin dan bertanggungjawab
Teliti dalam menguruskan dokumen
Cepat belajar dan mudah menerima arahan
Proaktif dalam menyelesaikan tugasan
Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
Boleh membuat follow-up dengan pihak berkaitan
Mampu bekerja dalam suasana kerja yang pantas

Faedah

  • KWSP
  • PERKESO
  • SIP/EIS
  • Cuti tahunan & cuti sakit

Cara Memohon

Calon yang berminat boleh menghantar resume terkini melalui Indeed ATAU hubungi ************* taip "Admin".

Jika anda seorang yang teratur, teliti, bertanggungjawab dan berminat membina kerjaya dalam bidang pentadbiran, kami mengalu-alukan permohonan anda untuk menyertai pasukan kami.

Pay: RM1,700.00 per month

Benefits:

  • Free parking
  • Maternity leave
  • Parental leave

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut