jobs in KHALIFAH IMAN EDUCARE SDN BHD

Kerja Separuh Masa GURU TASKA, Gaji tinggi MYR 1,900 di KHALIFAH IMAN EDUCARE SDN BHD Selangor - Maukerja

GURU TASKA

KHALIFAH IMAN EDUCARE SDN BHD

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Kajang Selangor Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

GURU TASKA DIPERLUKAN

Taska Ummu Yasir - Desa Pinggiran Putra

Adakah anda seorang yang ceria, penyabar, dan mempunyai minat mendalam dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak? Kami sedang mencari individu yang berdedikasi untuk menyertai keluarga besar kami!

SKOP TUGAS ?

Mengurus dan mendidik kanak-kanak mengikut umur dan perkembangan mereka
Menjalankan aktiviti pembelajaran, kreativiti & permainan
Memastikan keselamatan, kebersihan dan kebajikan kanak-kanak
Membantu menyediakan aktiviti dan bahan pembelajaran
Membina hubungan yang baik dengan kanak-kanak dan ibu bapa
Membantu menjayakan aktiviti dan program taska
Melaksanakan tugasan lain yang berkaitan dengan operasi taska

KAMI CARI ANDA YANG:

Minat dan sayang kepada kanak-kanak
Sabar, penyayang & mempunyai sikap positif
Bertanggungjawab dan boleh dipercayai
Boleh bekerja dalam pasukan
Mudah menerima arahan dan bersedia belajar
Mempunyai komunikasi yang baik
Mempunyai pengalaman di taska adalah satu kelebihan
Kelayakan berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak / KAP adalah kelebihan

MANFAAT & KELEBIHAN MENARIK:

Kami menghargai dedikasi anda! Nikmati pakej kerjaya yang stabil bersama kami:

  • Gaji Kompetitif: RM1,700 – RM1,900 (Berdasarkan pengalaman & kemahiran anda).
  • Kemudahan Kediaman: Tempat tinggal disediakan khusus untuk kakitangan Wanita.
  • Ganjaran Prestasi: Peluang kenaikan dan perkembangan kerjaya.
  • Latihan dan pembangunan kemahiran
  • Peluang untuk berkembang dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak
  • Terlibat dalam pelbagai aktiviti & program kanak-kanak

CARA MEMOHON:

Jangan lepaskan peluang untuk membina kerjaya bersama kami. Hubungi kami sekarang melalui WhatsApp atau panggilan di:

Admin: *************

Sertai kami dalam membentuk masa depan si cilik yang hebat!

Pay: RM1,700.00 - RM1,900.00 per month

Benefits:

  • Free parking
  • Maternity leave
  • Opportunities for promotion

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut