Jawatan: Pembantu Jualan Kedai Emas
Jabatan: Operasi / Retail
Melapor Kepada: Pegawai Penilaian / Penyelia
Tujuan Jawatan
Bertanggungjawab membantu urusan jualan, memberikan perkhidmatan pelanggan, mengurus barang kemas dan stok serta menyokong operasi harian kedai.
Tanggungjawab Utama
- Melayan pelanggan dengan mesra dan profesional.
- Memberi penerangan mengenai produk, harga dan promosi.
- Membantu pelanggan memilih barang kemas mengikut keperluan dan bajet.
- Mengendalikan jualan, pembayaran dan resit mengikut SOP.
- Membungkus dan menyerahkan barang kemas kepada pelanggan.
- Memastikan barang kemas dan ruang pameran sentiasa kemas dan bersih.
- Membantu menerima, menyusun dan mengira stok.
- Melaksanakan kiraan stok mengikut jadual yang ditetapkan.
- Memastikan keselamatan barang kemas dan mematuhi SOP syarikat.
- Membantu mengurus tempahan, servis pembaikan dan pertanyaan pelanggan.
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan.
Kelayakan
- Minimum SPM atau setaraf.
- Pengalaman dalam jualan, retail atau khidmat pelanggan adalah satu kelebihan.
- Calon tanpa pengalaman dialu-alukan.
Kemahiran
- Komunikasi dan khidmat pelanggan yang baik.
- Berpenampilan kemas dan profesional.
- Boleh menggunakan komputer asas dan sistem POS.
- Teliti dalam pengiraan wang dan pengurusan stok.
- Jujur, amanah dan bertanggungjawab.
- Boleh bekerja dalam pasukan dan di bawah tekanan.
- Bersedia bekerja secara syif, hujung minggu dan cuti umum jika diperlukan.
Pay: RM2,500.00 - RM3,000.00 per month
Work Location: In person