Dari kiosk di Bandar Baru Bangi, Kunyah membawa visi untuk menjadi antara jenama makanan tempatan yang dikenali di Malaysia.
JOB DESCRIPTION
CULINARY INTERN – FOOD PRODUCTION & PRODUCT DEVELOPMENT
1. Jawatan
Culinary Intern / Pelatih Industri Kulinari
2. Bahagian
Food Production & Product Development
3. Latar Belakang Operasi
- Syarikat kini berada dalam fasa awal pengembangan perniagaan makanan dengan operasi jualan melalui kiosk makanan dan proses penyediaan makanan yang dijalankan di dapur sedia ada. Perniagaan sedang membangunkan sistem operasi makanan yang lebih tersusun sebagai persediaan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dan mengembangkan operasi pada masa akan datang.
- Pelatih Kulinari akan mendapat pendedahan secara langsung kepada operasi perniagaan makanan berskala kecil, termasuk penyediaan bahan mentah, penghasilan makanan, pembangunan menu, food costing, kawalan kualiti, pembungkusan dan operasi kiosk.
4. Tujuan Jawatan
- Memberikan peluang kepada pelajar bidang Kulinari untuk mendapatkan pengalaman praktikal dalam operasi sebenar perniagaan makanan serta membantu syarikat membangunkan sistem penyediaan makanan yang lebih konsisten, kos efektif dan berkualiti.
- Pelatih juga akan membantu dalam proses standardisasi resepi, pembangunan menu dan penyediaan SOP dapursebagai asas kepada pengembangan operasi makanan syarikat pada masa akan datang.
5. Tanggungjawab UtamaA. Food Preparation & Cooking
- Membantu menyediakan bahan mentah sebelum proses memasak.
- Melaksanakan kerja seperti mencuci, memotong, menimbang dan menyediakan bahan mengikut keperluan menu.
- Membantu menyediakan makanan mengikut resipi dan arahan penyelia.
- Membantu proses memasak dan memastikan makanan disediakan mengikut standard yang ditetapkan.
- Membantu menyediakan makanan untuk jualan di kiosk.
- Memastikan kawasan kerja sentiasa bersih dan tersusun sepanjang proses penyediaan makanan.
B. Standardisasi Resipi
Pelatih akan membantu syarikat membangunkan dan mendokumentasikan resipi standard bagi menu yang dijual.
Antara perkara yang akan direkodkan:
- Nama menu.
- Senarai bahan.
- Kuantiti setiap bahan.
- Kaedah penyediaan.
- Masa dan kaedah memasak.
- Saiz atau portion hidangan.
- Kaedah penyimpanan.
- Kaedah pembungkusan dan penyediaan untuk jualan.
Tujuan standardisasi ini adalah untuk memastikan rasa, kualiti dan portion makanan lebih konsisten walaupun disediakan oleh individu yang berbeza.
C. Food Costing
Pelatih akan diberikan pendedahan kepada asas pengiraan kos makanan bagi membantu syarikat menentukan kos sebenar setiap menu.
Skop termasuk:
- Mengira kos bahan mentah.
- Mengira kos bagi setiap portion.
- Membandingkan kos antara bahan atau pembekal.
- Membantu menentukan anggaran food cost percentage.
- Membantu mengenal pasti menu yang mempunyai margin keuntungan yang lebih baik.
- Membantu mengenal pasti pembaziran bahan mentah.
D. Portion Control
Pelatih akan membantu menetapkan standard portion bagi setiap menu untuk memastikan penggunaan bahan mentah dapat dikawal.
Contohnya:
- Berat nasi bagi setiap hidangan.
- Berat lauk/protein.
- Kuantiti sayur.
- Kuantiti kuah atau sambal.
- Kuantiti bahan tambahan.
- Jenis dan saiz pembungkusan.
Standard portion akan membantu syarikat mengawal kos makanan serta memastikan pelanggan menerima kuantiti makanan yang konsisten.
E. Menu Development & Product Testing
Pelatih berpeluang membantu dalam pembangunan produk dan menu baharu.
Tugasan boleh merangkumi:
- Membantu menghasilkan idea menu baharu.
- Menjalankan food trial.
- Menguji dan menambah baik resepi.
- Membandingkan rasa, tekstur dan presentation.
- Membantu menjalankan tasting session.
- Mendapatkan maklum balas daripada pelanggan.
- Membantu membuat penambahbaikan sebelum menu baharu diperkenalkan secara rasmi.
F. Food Hygiene & Safety
Pelatih wajib mematuhi amalan kebersihan dan keselamatan makanan yang ditetapkan oleh syarikat.
Antaranya:
- Menjaga kebersihan diri sebelum dan semasa mengendalikan makanan.
- Menggunakan pakaian dan kelengkapan yang sesuai.
- Memastikan peralatan dan permukaan kerja bersih.
- Mengendalikan bahan mentah dengan cara yang betul.
- Memastikan bahan makanan disimpan dengan sesuai.
- Mengelakkan pencemaran silang antara bahan mentah dan makanan yang telah dimasak.
- Melaporkan sebarang masalah berkaitan kebersihan atau keselamatan makanan kepada penyelia.
G. Inventory & Stock Management
Pelatih akan membantu memantau penggunaan bahan mentah dan stok dapur.
Tugasan termasuk:
- Membantu membuat semakan stok.
- Merekod penggunaan bahan mentah.
- Membantu menyusun bahan mengikut sistem FIFO.
- Mengenal pasti bahan yang hampir habis.
- Mengenal pasti bahan yang rosak atau tidak sesuai digunakan.
- Membantu mengurangkan pembaziran bahan makanan.
H. Packaging & Kiosk Operation
Pelatih juga akan mendapat pendedahan kepada proses selepas makanan siap dimasak.
Ini termasuk:
- Menyediakan makanan mengikut portion yang ditetapkan.
- Membantu proses pembungkusan.
- Memastikan pembungkusan bersih dan sesuai.
- Membantu memastikan makanan yang dihantar ke kiosk adalah lengkap.
- Membantu operasi kiosk apabila diperlukan.
- Mendapatkan maklum balas pelanggan berkaitan makanan untuk tujuan penambahbaikan produk.
6. Pembangunan SOP
Salah satu fokus utama latihan adalah membantu syarikat membangunkan dokumentasi operasi makanan secara berperingkat.
Pelatih boleh membantu menyediakan:
- SOP penyediaan bahan.
- SOP memasak.
- Standard recipe.
- Standard portion.
- SOP kebersihan dapur.
- SOP penyimpanan bahan mentah.
- SOP pembungkusan.
- Checklist pembukaan dan penutupan dapur.
- Checklist pemeriksaan kualiti makanan.
Dokumentasi ini akan menjadi asas kepada sistem operasi makanan syarikat apabila kapasiti pengeluaran ditingkatkan pada masa akan datang.
7. Quality Control
Pelatih akan membantu memastikan makanan yang dihasilkan memenuhi standard dari aspek:
Rasa → Tekstur → Portion → Presentation → Kebersihan → Pembungkusan
Sebarang masalah berkaitan kualiti akan dilaporkan kepada penyelia untuk tindakan pembetulan.
8. Pendedahan Perniagaan
Selain kemahiran kulinari, pelatih juga akan mendapat pendedahan kepada aspek perniagaan makanan seperti:
- Hubungan antara kos bahan dan harga jualan.
- Pengurusan inventori.
- Pengurangan food wastage.
- Permintaan pelanggan.
- Operasi kiosk.
- Pembangunan produk.
- Food costing.
- Margin keuntungan.
- Perancangan menu.
- Asas pengembangan perniagaan makanan.
9. Penyeliaan Pelatih
Pelatih akan bekerja di bawah penyeliaan pihak pengurusan atau individu yang dilantik oleh syarikat.
Semua aktiviti berkaitan penyediaan makanan akan dilaksanakan berdasarkan arahan, SOP dan tahap kemahiran pelatih.
Pelatih tidak akan dipertanggungjawabkan sebagai pengganti chef atau pekerja tetap. Fokus utama adalah pembelajaran, latihan praktikal dan pendedahan kepada operasi sebenar perniagaan makanan.
10. Kelayakan
- Pelajar yang sedang mengikuti Sijil/Diploma Kulinari, Seni Kulinari, Food & Beverage atau bidang berkaitan.
- Mempunyai minat dalam bidang makanan dan masakan.
- Bersedia mempelajari operasi perniagaan makanan dari peringkat asas.
- Mempunyai sikap positif dan bertanggungjawab.
- Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan.
- Bersedia melakukan kerja-kerja penyediaan makanan dan operasi dapur.
- Mempunyai disiplin dan kebersihan diri yang baik.
- Pengetahuan asas food safety merupakan satu kelebihan.
11. Kemahiran Yang Akan Diperolehi
Sepanjang tempoh latihan, pelajar berpeluang membangunkan:
Kemahiran Kulinari
- Food preparation.
- Basic cooking techniques.
- Mise en place.
- Food presentation.
- Portion control.
- Food storage.
- Food hygiene & safety.
Kemahiran Pengurusan
- Food costing.
- Inventory management.
- Menu development.
- Recipe standardization.
- SOP development.
- Quality control.
- Waste management.
Kemahiran Profesional
- Teamwork.
- Communication.
- Time management.
- Problem solving.
- Discipline.
- Customer awareness.
- Work responsibility.
12. Objektif Latihan Industri
Pada akhir tempoh latihan, pelatih diharapkan dapat:
- Memahami aliran kerja sebenar dalam perniagaan makanan berskala kecil.
- Menguasai asas penyediaan dan penghasilan makanan.
- Memahami kepentingan standardisasi resepi dan portion.
- Memahami asas food costing dan pengurusan bahan mentah.
- Mengamalkan standard kebersihan dan keselamatan makanan.
- Membantu menghasilkan dokumentasi SOP dapur.
- Membangunkan kemahiran pembangunan dan pengujian menu.
- Memahami hubungan antara operasi dapur, kos makanan dan keuntungan perniagaan.
- Mempunyai pengalaman sebenar yang boleh digunakan sebagai persediaan memasuki industri F&B.
13. Nilai Tambah Kepada Pelatih
Berbeza daripada latihan di restoran yang telah mempunyai sistem operasi matang, latihan bersama syarikat ini memberikan peluang kepada pelatih untuk melihat bagaimana sebuah perniagaan makanan dibangunkan dari peringkat awal.
- Pelatih bukan sahaja terlibat dalam aktiviti memasak, tetapi turut berpeluang membantu membangunkan resepi standard, food costing, SOP, kawalan kualiti dan produk baharu. Pengalaman ini memberikan pemahaman yang lebih menyeluruh tentang hubungan antara kemahiran kulinari dan pengurusan perniagaan makanan.
Pay: RM400.00 - RM500.00 per month
Work Location: In person