jobs in Kittys Cottage Veterinary Clinic

Kerja Sepenuh Masa Jawatan Kosong Pembantu Veterinar, Gaji tinggi MYR 3,000 di Kittys Cottage Veterinary Clinic Selangor - Maukerja

Bandar Puteri Klang, Selangor

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Bandar Puteri Klang Selangor Malaysia

Penerangan Kerja

Kelayakan

Education: Sijil Pelajaran Malaysia Experience: < 1 year, 1-3 years Nationality: Malaysians Only Own transport: None

Tanggungjawab

Kitty’s Cottage Veterinary Clinic (Cawangan Bandar Puteri Klang)

Adakah anda seorang pencinta haiwan yang penyayang, berdedikasi dan berminat membina kerjaya dalam bidang penjagaan haiwan?

Kami di Kitty’s Cottage Veterinary Clinic sedang mencari individu yang ceria, bertanggungjawab dan bersemangat untuk menyertai pasukan kami sebagai Pembantu Veterinar.

Jika anda suka bekerja dengan kucing, selesa bekerja dalam satu pasukan dan mahu berkembang dalam persekitaran klinik veterinar, kami ingin mengenali anda!

KELAYAKAN & CIRI-CIRI YANG KAMI CARI
Mempunyai minat yang tinggi terhadap kesihatan dan kebajikan haiwan, khususnya kucing.
Mempunyai semangat TEAM WORK dan mampu bekerjasama dengan baik bersama pasukan.
Mempunyai GOOD COMMUNICATION serta sabar ketika berurusan dengan pelanggan dan haiwan.
Cekap, berdisiplin dan mempunyai EFFICIENCY yang baik dalam menjalankan tugasan.
Mempunyai RESILIENCE dan mampu menyesuaikan diri dalam suasana kerja klinik yang dinamik.
Mampu MULTITASK dan mengurus beberapa tugasan dengan teratur.
Mempunyai sifat EMPATHY terhadap pelanggan dan haiwan.
Mempunyai COMPASSION serta sifat penyayang dalam mengendalikan pesakit.
APA YANG KAMI TAWARKAN?

Gaji yang kompetitif
Caruman KWSP (EPF) & PERKESO (SOCSO)
Cuti tahunan & cuti sakit (MC)
Elaun & komisen
Aktiviti syarikat dan program bersama pasukan
Peluang menimba pengalaman dalam bidang penjagaan veterinar
Dan pelbagai lagi manfaat untuk ahli pasukan kami!

CARA MEMOHON

Jika anda bersedia untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Kitty’s Cottage Veterinary Clinic, hantarkan resume terkini anda kepada kami:

Email: *************
WhatsApp: ************* / *************

Jom bina kerjaya yang lebih bermakna sambil membantu menjaga kesihatan dan menceriakan kehidupan si bulus bersama kami!

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut