Jawatan: Penyelia (Perkhidmatan Kawalan Keselamatan)
Ringkasan Jawatan
Kami sedang mencari seorang Penyelia Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang bertanggungjawab, berdisiplin dan komited untuk menyelia operasi harian di tapak-tapak kawalan keselamatan yang ditetapkan.
Calon yang berjaya akan bertanggungjawab memantau kehadiran dan prestasi Pengawal Keselamatan, memastikan penugasan mengikut jadual, menjalankan lawatan tapak serta memastikan semua anggota mematuhi SOP syarikat dan keperluan pelanggan.
Tanggungjawab Utama
- Menyelia operasi harian Pengawal Keselamatan di tapak-tapak yang ditetapkan.
- Memastikan bilangan Pengawal Keselamatan mencukupi bagi setiap syif dan mengurus penggantian anggota sekiranya berlaku ketidakhadiran.
- Memantau kehadiran, disiplin, pemakaian seragam dan prestasi Pengawal Keselamatan.
- Menjalankan rondaan dan lawatan tapak secara berkala termasuk pemeriksaan mengejut apabila diperlukan.
- Memastikan semua Pengawal Keselamatan menjalankan tugas mengikut SOP syarikat, Post Order dan keperluan pelanggan.
- Memberikan taklimat dan arahan kerja kepada Pengawal Keselamatan berkaitan tugasan di tapak.
- Menjadi penghubung antara Pengawal Keselamatan, pihak Operasi dan wakil pelanggan bagi urusan operasi harian.
- Mengendalikan isu operasi, aduan dan insiden di tapak serta melaporkannya kepada Pegawai Operasi atau pihak Pengurusan.
- Membantu memastikan tindakan segera diambil sekiranya berlaku kekurangan anggota atau masalah operasi di tapak.
- Menyediakan laporan lawatan tapak, laporan kejadian, Occurrence Report (OR) dan laporan berkaitan apabila diperlukan.
- Menyemak jadual syif, rekod kehadiran dan kerja lebih masa (OT) Pengawal Keselamatan sebelum dikemukakan kepada pihak Operasi.
- Membantu dalam urusan deployment dan penempatan Pengawal Keselamatan di tapak.
- Membantu pihak Operasi dan Jabatan Sumber Manusia dalam urusan disiplin, latihan dan dokumentasi Pengawal Keselamatan.
- Memastikan buku laporan, rekod kehadiran dan dokumen berkaitan di setiap tapak sentiasa dikemas kini.
- Menghadiri mesyuarat atau perbincangan bersama pelanggan apabila diarahkan oleh pihak Pengurusan.
- Menjalankan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak Pengurusan dari semasa ke semasa.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 25 hingga 45 tahun.
- Minimum SPM; Diploma dalam bidang berkaitan merupakan satu kelebihan.
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1–2 tahun dalam bidang operasi atau penyeliaan, diutamakan dalam industri kawalan keselamatan.
- Mempunyai pengalaman mengendalikan dan menyelia Pengawal Keselamatan merupakan satu kelebihan.
- Bertanggungjawab, berdisiplin, tegas dan komited terhadap tugas.
- Mempunyai kemahiran komunikasi, kepimpinan dan penyelesaian masalah yang baik.
- Bersedia melakukan lawatan ke tapak pelanggan.
- Bersedia bekerja di luar waktu pejabat, hujung minggu atau cuti umum sekiranya berlaku keperluan operasi atau kecemasan.
- Boleh dihubungi sekiranya berlaku isu kecemasan di tapak di bawah seliaan.
- Mesti lulus semakan latar belakang (Private Vetting).
Faedah
- KWSP, PERKESO & EIS
- Cuti Tahunan & Cuti Sakit
- Peluang kenaikan pangkat
- Latihan dan pembangunan kerjaya
Pay: RM2,300.00 - RM2,800.00 per month
Work Location: In person