Siapa Kami?
Damiral's Bread merupakan jenama bakeri tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2003 dan mengkhusus dalam pelbagai produk bakeri segar seperti roti, kek, pastri, biskut dan pencuci mulut. Dengan komitmen terhadap kualiti, harga yang berpatutan serta kepuasan pelanggan, jenama ini terus berkembang dan kini melayani pelanggan di pelbagai lokasi di Pulau Pinang dan Kedah. Kami sedang mencari individu yang aktif, mesra pelanggan dan mempunyai minat dalam bidang jualan untuk menyertai Team Damiral’s Bread sebagai Sales Assistant.
Tanggungjawab
- Melaksanakan aktiviti jualan dan promosi produk Damiral’s Bakery.
- Melayan pelanggan dengan mesra, sopan dan profesional.
- Memberikan penerangan kepada pelanggan berkaitan produk, harga, promosi dan tawaran semasa.
- Membantu pelanggan dalam membuat pilihan produk yang bersesuaian dengan keperluan mereka.
- Membantu mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.
- Mengendalikan proses jualan dan pembayaran pelanggan dengan tepat.
- Memastikan setiap transaksi jualan direkodkan dengan betul dan lengkap.
- Mengurus dan memantau stok produk sebelum, semasa dan selepas aktiviti jualan.
- Memastikan produk sentiasa mencukupi, tersusun dan dipamerkan dengan kemas.
- Memastikan produk dikendalikan dan disimpan mengikut standard kebersihan dan keselamatan makanan yang ditetapkan.
- Membina hubungan yang baik dengan pelanggan serta membantu meningkatkan kepercayaan terhadap jenama Damiral’s Bread.
- Bekerjasama dengan ahli team bagi memastikan aktiviti jualan berjalan dengan lancar.
- Membantu mengenal pasti keperluan pelanggan serta memberikan maklum balas kepada pihak atasan sekiranya diperlukan.
- Menyediakan rekod atau laporan jualan selepas selesai aktiviti jika diarahkan.
- Memastikan wang tunai, hasil jualan dan rekod transaksi diurus dengan baik dan tepat.
- Mematuhi semua SOP, peraturan kerja, polisi syarikat serta arahan pihak pengurusan.
Kelayakan
- Minimum SPM / Diploma atau kelayakan yang berkaitan.
- Pengalaman dalam bidang jualan, retail, promosi, event atau F&B merupakan satu kelebihan.
- Fresh Graduates turut dialu-alukan untuk memohon.
- Mempunyai personaliti yang mesra, yakin, aktif dan selesa berinteraksi dengan pelanggan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
- Berminat dalam bidang jualan dan perkhidmatan pelanggan.
- Mempunyai keyakinan untuk berkomunikasi dan menerangkan produk kepada pelanggan.
- Mampu bekerja untuk mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.
- Bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai sikap kerja yang positif.
- Boleh bekerja secara individu dan dalam pasukan.
- Bersedia untuk bekerja di lokasi yang berbeza mengikut keperluan operasi dan event.
- Bersedia bekerja mengikut jadual yang ditetapkan termasuk hujung minggu dan cuti umum jika diperlukan.
- Mempunyai pengangkutan sendiri dan lesen memandu merupakan satu kelebihan.
- Mampu bekerja dalam persekitaran yang aktif serta melibatkan interaksi dengan pelanggan.
Faedah Berkanun
- Caruman KWSP
- Caruman PERKESO
- Caruman EIS
Faedah Lain
- Latihan dan bimbingan kepada pekerja disediakan
- Diskaun khas pembelian produk untuk pekerja
- Tuntutan perjalanan (Mileage Claim) bagi tugasan yang berkaitan
- Latihan dan bengkel yang ditaja oleh syarikat
- Peluang pembangunan kerjaya
- Peluang kenaikan pangkat
- Aktiviti Team Building
- Trip syarikat / Majlis Makan Malam Tahunan
- Ganjaran dan penghargaan kepada pekerja
- Peluang mendapatkan pengalaman dalam bidang Sales, Retail, F&B dan Event Management
- Peluang untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti promosi dan event syarikat
Cara Memohon
Hantarkan resume anda ke ************* atau hubungi ************* 3292 untuk maklumat lanjut.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk proses seterusnya.
Pay: Up to RM2,500.00 per month
Benefits:
- Maternity leave
- Meal allowance
- Opportunities for promotion
- Professional development
Experience:
- Sales: 1 year (Required)
- Retail sales: 1 year (Required)
Work Location: In person