10 Gaya Korang Pegang Stereng Kereta Ni Bakal Bongkar Sifat Dalam Diri Satu Persatu...
# Gaya Hidup

10 Gaya Korang Pegang Stereng Kereta Ni Bakal Bongkar Sifat Dalam Diri Satu Persatu...

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

May 29, 2019
pada 6:34 PM

Sedar tak sedar, selama korang drive ni ada gaya pegang steering tersendiri. Selalunya benda ni terjadi secara tak sengaja. Kalau korang nak tahu, biasanya benda-benda yang 'tak sengaja' ni akan mendedahkan banyak perkara tentang personaliti diri yang sebenar. Nak tahu betul ke tak, cuba baca tafsirannya di sini, kalau tepat, memang wow!

 

1. Hanya sebelah tangan pada steering

Korang seorang minimalist. Memiliki kehidupan yang sangat simple dan sentiasa cuba untuk mengelakkan stress. Lebih suka memiliki kawan rapat yang sedikit dan berkualiti daripada rapat dengan ramai orang untuk mengelakkan drama. Gaya hidup santai korang tidak membuatkan korang membosankan, ia sebenarnya membenarkan korang untuk memiliki kehidupan yang bebas masalah atau stress di masa hadapan. 

 

2. Pegang steering dengan satu tangan di bawah dan satu tangan di atas

Korang seorang yang logikal, berfikiran rasional dan boleh diharapkan. Ramai orang akan datang kepada korang untuk mendapatkan nasihat dan pendapat disebabkan kebolehan korang untuk membuat keputusan yang tepat. Kadang-kadang korang boleh jadi agak moody, tapi selalunya korang pandai mengawal emosi. 

 

3. Drive dengan kedua-dua belah tangan pada bahagian tengah steering macam dalam gambar ni...

Memiliki kebolehan untuk menjernihkan keadaan. Korang bencikan konflik dan jarang meninggikan suara. Suasana yang tegang buat korang rasa sedih dan tak selesa. Korang akan menggunakan kebolehan menyejukkan suasana ni untuk menyatukan sesiapa yang tengah bergaduh atau apa-apa masalah sekalipun.

 

4. Letakkan tangan pada jarak tertentu di bahagian atas steering 

Seorang yang perfectionist. Kedudukan tangan korang adalah sama seperti yang diajar semasa belajar memandu. Korang yakin ini adalah cara terbaik dan betul untuk memandu. Ramai orang menghormati korang sebagai seorang yang berjaya dan bersungguh dalam melakukan kerja. 

 

5. Letakkan kedua-dua belah tangan di bahagian (betul-betul) atas steering (tidak sejarak seperti gaya no. 4).

Seorang yang berjaga-jaga. Korang jenis yang mudah bimbang dan selalu teragak-agak. Kawan-kawan / ahli keluarga selalu 'ditugaskan' untuk menenangkan korang, tapi diorang tahu di sebalik konflik yang ada dalam diri, korang memiliki jiwa yang penuh dengan kasih-sayang. 

 

6. Drive dengan satu tangan di tengah-tengah / bahagian hon steering

Berjiwa adventure! Tak kisahlah sama ada aktiviti tu adalah berenang dengan ikan jerung ke, skydiving ke, atau mendaki gunung, korang sentiasa terbuka untuk mencuba sesuatu yang baru. Sesetengah orang merisaukan keselamatan korang, tapi bagi yang faham, akan respect  minat korang terhadap pengembaraan. 

 

7. Drive dengan kedua-dua belah tangan berada pada jarak tertentu di bahagian bawah steering

Korang memang bos! Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab terhadap tindakan yang diambil. Orang lain melihat korang sebagai mentor. Mereka mempercayai kebolehan korang untuk mengadili. Sifat kepimpinan diri adalah daya tarikan utama. 

 

8. Drive dengan kedua-dua belah tangan di bahagian bawah steering (agak rapat).

Seorang yang bekerja keras dan juga penuh dengan rasa kasih-sayang. Korang akan meraikan kejayaan orang lain dan memberi sokongan kepada sesiapa yang memerlukan. Korang ada sikap "go with the flow" atau mengikut arus tapi dalam masa yang sama tahu bahawa korang memiliki tanggungjawab untuk memberikan kebahagiaan kepada diri sendiri. 

 

9. Memandu dengan sebelah tangan di bahagian tengah atas steering.

Korang jenis yang cool habis. Memiliki kebolehan untuk kekal tenang dan cool dalam apa-apa situasi sekali pun. Kawan-kawan akan mendapatkan bantuan korang untuk menghilangkan rasa stress dan untuk relaks. Korang tak biarkan benda-benda kecil beri kesan kepada diri. 

 

10. Drive dengan sebelah tangan di sebelah steering dan sebelah tangan lagi pada hon kereta. 

Korang macam bulldozer! Sentiasa terkejar-kejar dan tak ada masa untuk dibuang! Orang yang mengenali korang sangat sukakan sifat korang yang bercita-cita tinggi dan kebolehan untuk membuat keputusan. 

 

Macam mana? Sesuai tak dengan personaliti diri?