"3 pointer. SPM 5A..Geramnya Aku"- CEO 'Sekolahkan' Gaya Student Mohon Intern
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

"3 pointer. SPM 5A..Geramnya Aku"- CEO 'Sekolahkan' Gaya Student Mohon Intern

post by Izuan

by Izuan

Apr 16, 2022
pada 11:11 PM

Adab dalam memohon kerja ini sangat penting, sama lah macam kita ingin berjumpa dengan bakal mertua, kena ada pemakaian yang kemas untuk mendapatkan persepsi baik daripada mereka. Begitu lah dengan kerja, perlu ada garis panduan yang betul agar majikan tidak salah anggap dengan calon. Bukan sahaja kerja, malah permohonan latihan industri / Intern pun sama. Memang tiada pengalaman dalam memohon kerja, namun itu tak bermakna bahawa kita perlu tunjukkan sikap amatur itu kepada syarikat. Mungkin kalau 'hiring manager' kalau tak berminat boleh diabaikan, namun kalau CEO sendiri yang nampak? Habislah! Sebelum korang menjadi sasaran negatif majikan diluar sana, ambil perkongsian daripada majikan ini sebagai rujukan kelak apabila ingin memohon kerja mahupun latihan industri nanti.

'Dik, kalau nak hantar permohonan Latihan Industri, hantar elok-elok. Jangan main campak-campak je macam ni.'

Pelajar Politeknik. Jurusan Diploma Kejuruteraan. 3 pointer. SPM 5A bla bla bla...

Dik, kalau nak hantar permohonan Latihan Industri, hantar elok-elok. Jangan main campak-campak je macam ni.

Umpamanya kalau kita nak mengadap VVIP. Kena la pakai kemas dan lawa dik. Kita pakai kemas dan lawa tu bukan sebab kita nak menunjuk-nunjuk dik. Tapi sebab kita hormat jawatan VVIP tu.

Kat 'email body' tak ada tulis pun ko nak apa dik. Bagi email kosong macam tu je. Kalau ko nak apply banyak company, karang la ayat-ayat standard dik atau pun copy je ayat-ayat tu dari kawan-kawan.

Kalau 'copy-paste' ayat-ayat untuk 'email body' pun ko malas, apa la lagi agaknya abang nak harapkan kat ko nanti dik. Ke laut la jawapnya masa LI nanti.

 Berapa kali abang nak ulang? PDF PDF PDF!!!

Resume tu PDF kan la. Berapa kali abang nak ulang? PDF PDF PDF!!! Ko tak follow ke fb abang dik? 2014 lagi abang share pasal benda ni.

Kalau takde orang bebel pasal benda-benda ni, nanti terbawak-bawak la kebangangan ni masa nak apply kerja nanti.

Eeee...geramnya aku kat budak-budak ni...#makanbudak

Bukan sahaja untuk yang negatif, ada juga yang beliau suka. Menurut majikan Ir Meor Shamshir ini, beliau gemar kiriman email yang ala-ala 'Miniskirt Style' iaitu ringkas tapi padat!

"Short, simple and straight forward. Mini skirt style"

SOFT SKILLS

Saya suka cara penulisan email begini.

Short, simple and straight forward. Mini skirt style. Long enough to cover the subject. Short enough to raise interest.

However, maybe
boleh improve sikit composition macam ni...

Dear Sir,

I am very interested to apply for a position as an Electrical Engineer in your company.

Attached herewith are my application letter & resume for your review.

I would like to thank you for your time and consideration to read my application.

Thanks again.