Kemas Barang Dan Terus 'Blah' Daripada Bilik Temuduga Kalau Interviewer Korang Buat Macamni Tau!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Kemas Barang Dan Terus 'Blah' Daripada Bilik Temuduga Kalau Interviewer Korang Buat Macamni Tau!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 17, 2017
pada 9:06 AM

Siapa sahaja tak tersenyum lebar bila dapat panggilan untuk interview kerja, segala plan korang lakukan semua sanggup ketepikan demi menghadiri sesi interview. Namun begitu, kegembiraan yang dirasai hanyalah sementara apabila korang berhenti  seminggu selepas bermula kerja kerana rasa diri telah 'dijerat hidup-hidup' oleh majikan.

Lain yang diterangkan atau dijanjikan, lain pula yang diberi, malah layanan begitu teruk! Sebenarnya korang boleh hidu helah mereka sejak dari interview lagi. Jangan hanya buat persediaan diri sahaja, persediaan terhadap interviewer juga harus dititik beratkan. Nilaikan elok-elok adakah syarikat itu bagus atau tidak.

Jadi, kalau interviewer berkelaluan begini terhadap korang masa interview, jangan jatuhkan maruah untuk teruskan! Bangun dan pergi sahaja dari tempat 'puaka' tu. 

1. Majikan Macam Nak Tak Nak Dengar Jawapan Korang

Bangun dan pergi sahaja kalau si interviewer tu kurang melakukan 'eye contact'. Pendek cerita, dia terus akan pilih korang tanpa membuat sebarang review, bila korang tanya soalan, mereka elak. itu bermakna tempat tu suruh korang melakukan kerja yang bukan tertakluk pada iklan yang dipaparkan itu.

2. Lain Yang Diiklankan Lain Pula Yang Dapat

Jangan terima kerja tersebut kalau gaji yang diberikan berbeza dengan apa yang diiklankan, waktu kerja yang tidak sistematik dan kerja yang dilakukan tidaklah seronok seperti mana yang mereka cuba pujuk dengan cara yang ceria itu. Inilah adalah 'tricks' banyak syarikat lakukan demi menarik orang bekerja dengan mereka.

3. Training Period Tak Berbayar? Kerja Apa Tu?

Jangan fikir panjang, bangun dan terus pergi! Orang nak kerja sebab nak cari duit, bukan jadi hamba semata-mata.

4. Benefit 0

Jangan ambil kerja tu kalau interviewer kata kerja tersebut tiada sebarang manfaat walaupun sepenuh masa. Dari situ lagi dah dapat baca bahawa tiada kebajikan kepada korang nanti. Kerja bukan sekadar nak dapat gaji, tapi ia juga untuk simpanan dihari tua nanti.

5. Sentuh Keluarga Dan Hidup Peribadi

Contohnya kalau korang menjadi Sales Person untuk menjual sesebuah produk tapi majikan mendesak keluarga dan rakan untuk membeli produk daripada syarikat tersebut. 


Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 : Johor Edition yang bakal berlangsung 19 August 2017 (Sabtu) di Grand BlueWave Hotel, Johor Bahru!. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

  • Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Johor
  • Temuduga On The Spot!
  • Keputusan temuduga dalam 24 Jam
  • Syarikat Besar turut menyertai : AEON, Aegis, Padini, Guardian, Dream Job, CAREDO, COOLBLOG, GigaGis, Air Tech Engineering & Consultancy Pte Ltd, dan pelbagainya!
  • Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
  • Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP

(Terhad kepada 8,500 pendaftar terawal, sekarang dah ada 7,000 tau!)

 

PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [1x RM5.00 Grab Discount Coupon]