Nak Jimat Masa 'Charge Phone' Sebab Dah Lambat? 'Turn On' Aplikasi Ni, Confirm Cepat 'Full!'
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Nak Jimat Masa 'Charge Phone' Sebab Dah Lambat? 'Turn On' Aplikasi Ni, Confirm Cepat 'Full!'

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 20, 2017
pada 4:48 AM

Bila tengah dalam keadaan kelam kabut, banyak perkara yang kita terlupa nak buat termasuklah charge phone. Bila terkena macam ni, memang boleh buat murung seharian. Yelah, banyak perkara penting yang perlu diselesaikan menggunakan phone. Kalau takde phone, memang tak jalanlah kerja.

Lagi stress kalau tengah kelam kabut nak send maklumat penting menggunakan email, tiba-tiba phone terpadam sebab kehabisan bateri. Stress betul kalau jadi macam ni! 

Bagaimana nak charge phone tapi tak perlu menunggu lama? Waktu-waktu genting macam ni mesti kita takkan ada masa nak tunggu bateri penuh dalam tempoh masa yang lama. Jadi, apa yang boleh kita lakukan?

Airplane Mode Lah Jawapannya!

Dah nama pun airplane mode kan, mestilah fungsinya adalah untuk disable fungsi bluetooth, GPS, Wi-Fi dan signal-signal lain bagi tujuan keselamatan. 

Tapi ramai yang tak tau sebenarnya aplikasi airplane mode ni sangat berguna digunakan walaupun korang bukan di atas kapal terbang masa tu. Paling best, ia boleh membuatkan tempoh masa korang charge phone tu dipendekkan! 

Selalunya kalau korang on kan aplikasi Wi-Fi, ia akan mengaktifkan semua aplikasi yang lain dan inilah punca mengapa ia melambatkan masa bila korang charge phone.

Lepas ni kalau korang nak mempercepatkan tempoh charge bateri phone korang tu, on kan saja airplane mode. Korang tak boleh gunakan SMS/Whatsapp atau menerima apa-apa panggilan, tapi phone korang dapat dicharge dengan lebih cepat!

 

Sumber: Lifehack