Kalau Nak Bagi Recruiter 'Buka Mata' , Pastikan 10 Perkara Ni Ada Dalam Resume Korang
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Kalau Nak Bagi Recruiter 'Buka Mata' , Pastikan 10 Perkara Ni Ada Dalam Resume Korang

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 20, 2017
pada 6:04 AM

Pernah tak korang datang interview dengan pakai baju tak siap separuh? Pakai baju je ke tapi seluar tak pakai? Mesti lah tak pernah kan? Jadi kenapa perlu hantar resume yang tak siap separuh? 

Sudah banyak kali kami kongsikan bahawa recruiter hanya ambil masa sekurangnya 6 saat sahaja untuk semak resume korang. Jadi sememangnya sekeping kertas itu sangat berharga dan perlu disusun dengan teratur sekali. Jadi di sini kami mahu konngsikan perkara-perkara penting yang recruiter mahu lihat dalam resume.

Jangan bising cakap tak dapat paggilan interview kalau resume yang korang hantar pun macam tak cukup lengkap. Sebelum nak tekan butang HANTAR pastikan korang dah semak ada tidak kesemua elemen penting ini.

1.  Korang tak letakkan summary section

Korang mesti lah tunjukkan mengapa korang adalah calon yang terbaik. Summary section ni bukan bermaksud cara lapuk dengan menulis objektif tu. Kalau korang ada tuliskan sebegini, baik siap-siap korang buang.

Recruiter bukannya mahukan objektif, tetapi sebaliknya ringkasan dalam 2-3 baris mengatakan mengapa korang adalah calon yang terbaik. Di sini korang perlu gunakan bahasa daripada job posting untuk menunjukkan yang korang ada ubah resume mengikut jawatan kerja yang dimohon. Memandangkan ada sesetengah majikan tidak mahukan cover letter, jadi dalam resume korang ini lah yang korang boleh gunakan untuk tunjuk mengapa perlu pilih korang.

 

2.  Tidak tunjukkan metrik atau sebarang ukuran

Metrik di sini bukannya bermaksud korang perlu letakkan segala angka atau nombor yang banyak. Majikan suka lihat pencapaian calon dalam bentuk nombor.  Macam contoh, jika korang pernah memegang jawatan sebagai bendahari dalam kelab di universiti atau sebagainya jangan hanya tulis jawatan yanng disandang. Sebaliknya korang letakkan sebagai contoh pernah mengendalikan dana  sebanyak RM 20,000 untuk 50 ahli dalam organisasi. 

Sama juga untuk pengalaman sewaktu internship, korang boleh nyatakan pernah ditugaskan untuk mengendalikan produk yang membawa keuntungan sebanyak RM100,000. Tuliskan angka pencapaian.

 

3.  Korang tertinggal coursework sewaktu di universiti

Jika korang adalah fresh graduate ianya OKAY untuk nak selitkan sekali course korang dalam resume, tetapi pastikan ianya relevant. Maksudnya subjek itu mestilah kena dengan jawatan yang korang mohon. Tetapi korang tak boleh lah nak tulis secara ringkas macam nama subjek yang diambil macam tu je. 

Nyatakan sekali kemahiran, pengetahuan yang korang dapat daripada subjek tersebut. Sebagai contoh, nyatakan yanng korang pernah menulis paper work mengenai teknologi mobil dalam mengubah pasaran saham atau sebagainya,

 

4.  Korang tak nyatakan segala bentuk kerja sukarelawan yang pernah dibuat

Kerja sukarelawan ini menunjukkan sesuatu yang positif mengenai korang kepada recuiter. Ia menunjukkan yang kornag tidka hanya fokus pada duit semata-mata. Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat untuk tidak senaraikan segala kerrja sukarelawan yang berkaitan dengan isu agama atau politik kerana ianya sensitif. 

 

5.  Resume tidak ada sebarang warna yang menarik perhatian

Gunakan warna untuk nak jadikan resume korang lebih menarik. Tapi jangan pula melebih sangat. Korang boleh cuba kekalkan putih dan hitam dan gunakan sedikit warna mungkin untuk heading atau mana-mana bahagian kecil. Resume perlu lah elegan bukannya macam kebudak-budakkan jadi ambil perhatian di situ ya. 

 

6.  Korang tidak gunakan font yang menarik

Nak tarik perhatian recruiter? Lupakan Times New Roman, ianya terlampau biasa dan tidak menarik. Recruiter professional mencadangkan untuk menggunakan Calibri, Cambria, Palatino, Verdana dan ada banyak lagi sebenarnya. Tetapi ini yang paling disukai ramai. 

 

7.  Korang tertinggal hyperlink

Email address yang korang letakkan dalam resume itu jangan lupa untuk hyperlink. Bukan hanya email tetapi juga LinkedIn profile atau sebarang website personal yang korang letakkan dalam resume. Ianya menyenangkan kerja korang juga recruiter kerana mereka hanya perlu klik sahaja. Jika korang berhajat untuk letakkan sekali social media account, pastikan ianya relevant. 

 

8.  Korang tak nyatakan CGPA

Jika  korang tamat belajar dengan CGPA yang bagus iaitu 3.7 ke atas, korang mungkin bercadang untuk nak letakkannya. Sekurangnya jika korang baru pertama kali memohon kerja. Tapi jika memang recuiter ada minta untuk tuliskan CGPA, memang perrlu korang letakkannya. Kalau tidak diminta, ianya terpulang pada korang. 

 

9.  Korang tak tinggalkan ruang langsung

Kalau korang adalah fresh graduate atau punyai pengalaman kerja yang etrhad, resume korang sepatutnya tidak melebihi 1 mukasurat. Dan ianya mungkin akan membuatkan korang tergoda untuk nak masukkan kesemuanya  sekali dalam satu ruang yang sempit kan? Pastikan resume korang ni tak terlampau padat sampaikan tak nampak ruang putih. Tinggalkan sedikit ruang untuk buatkan ianya tidak terlalu padat.

 

10.  Korang tak letakkan pengalaman hidup dalam resume

Mari kami jelaskan, ianya bukannya bermaksud hobi atau minat, tetapi pengalaman hidup di sini membawa maksud pengalaman sendiri yang begitu bermakna dan bernilai dan menarik hati recruiter. Jika korang pernah belajar di negara luar di mana korang memang tidak reti untuk bertutur bahasa rasmi mereka, tetapi kornag belajar untuk nak sesuaikan diri, ianya menunjukkan yang korang adalah problem solver.